Home Hiburan Dikec4m Tunjuk Contoh Yang Tidak Baik, Cikgu Tampil Jelaskan Isu Kahwin...

[VIDEO] Dikec4m Tunjuk Contoh Yang Tidak Baik, Cikgu Tampil Jelaskan Isu Kahwin Dengan Bek4s Pelajar Sendiri

153
0

Sebelum ini, tular di TikTok mengenai seorang guru wanita berkahwin dengan bek4s pelajarnya. Walaupun jarak umur berbeza 11 tahun namun ia bukan menjadi penghalang untuk pasangan merpati dua sejoli ini.

Bukan ajak pelajar berangan

cikgukahwindengananakmuridd2 scaled

Perkongsiannya sebelum ini mendapat pelbagai reaksi dan krit1kan daripada warganet. Ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa wanita berkenaan seolah-olah mengajak pelajar di luar sana untuk berangan berkahwin dengan guru.

Susulan daripada itu, Anies Hashim tampil memberi penjelasan bahawa tujuan dia memuat naik video berkenaan adalah untuk berkongsi detik-detik bahagia bersama suaminya serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya serta keluarga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ucapan, mendoakan saya dan juga keluarga saya. Saya doakan kembali buat anda semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah. InsyaAllah.

Saya ingin memberi respon sedikit berkenaan dengan komen seperti lepas ni makan ramai lagi yang berangan nak kahwin dengan cikgu. Isu berangan ni bukan dengan cikgu sahaja dengan artis pun boleh terjadi, dengan influencer, dengan model dengan pemimpin.

Walau bagaimanapun, guru tersebut menegaskan bahawa dia bukan mahu mengajak pelajar untuk berangan berkahwin dengan guru malah hanya meluahkan rasa keterujaan apabila rupa-rupanya jodohnya berdekatan dengannya.

Sebab saya cikgu, jadi orang akan tunding jari tu lebih. Saya sangat faham jadi saya tak kisah dengan komen. Lagi satu saya ingin tekankan saya tidak mengajak, dia cuma tulis kat situ garis masa yang Allah dah tentukan. Saya rasa sangat teruja. Saya rasa macam ‘ Ya Allah rupanya jodoh aku ada je dekat situ’.

Dan lagi satu bukan mudah seseorang itu nak pilih calon hidup. Saya pun bukan bercinta dengan suami saya tu sejak dia di sekolah dah 4 tahun. Itu pun kami tak berjumpa. Jadi saya pun tak tahu celah mana yang saya tunjuk contoh tak baik itu.

Namun begitu dengan rasa rendah hati, ibu kepada dua anak ini turut memohon maaf kepada sesetengah pihak yang kurang senang dengan video tersebut.

Video penuh :

‘Abaikan je’

WhatsApp Image 2022 01 07 at 11.14.00 AMWhatsApp Image 2022 01 07 at 11.14.11 AM

Mnejengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menyokong guru berkenaan kerana tiada isu yang perlu dibangkitkan kalau itu adalah jodohnya. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar rumah tangga mereka kekal hingga ke Syurga.

Sumber : anieshashim via OHBULAN

Previous article“Kadang2 ghisau tgk lizzy ni..” (Video) Elizabeth Tvmbuk Pokok Pisang Di Ayer Tawar. Sekali Ini Yg Terjadi
Next article“Akak Baju Saya Tak Terkoyak, Kalau Akak Nak Ambiklah” – Eyka Farhana Dit3gur Netizen Kerana Bergaya S3ksi
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here