ISTERI penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea dike.cam peminat ekoran memanggil suaminya itu dengan gelaran nama sahaja yang disifatkan kedengaran ka.sar.
Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea dite.gur peminat kerana dikatakan menggunakan kata ganti diri bersifat ka.sar atau kura.ng sesuai terhadap seorang lelaki bergelar suami sendiri.
Pasangan suami isteri muda itu menjadi tumpuan dalam gelanggang media sosial baru-baru ini apabila Anis mengadakan sesi IG Live bersama para pengikutnya.
View this post on Instagram
Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli sempat men.yelit ketika berlangsungnya siaran IG Live berkenaan.
“Takyahlah Haqiem ha kau kang,” ucap Anis bersahaja memberi ama.ran manja apabila dige.letek suaminya dari arah belakang dalam video tersebut.
Video yang dikongsikan semula seorang peminat dalam TikTok itu mendapat reaksi pelbagai namun rata-rata mempersoalkan adalah lebih sopan jika Anis menggunakan panggilan lebih baik Haqiem sebagai tan.da hormat.
Tidak kurang, sebilangan peminat juga tampil mempertahankan tindakan Anis dengan mengatakan panggilan yang diamalkan itu tidak salah asalkan masing-masing menghormati antara satu sama lain dalam rumah tangga.
View this post on Instagram
“Aku tak faham orang yang jenis nak pertik.aikan pasal panggilan itu. Kita okey panggil nama, janji hormat terhadap suami itu ada,” tulis seorang pengguna media sosial.
Dalam pada itu, seorang netizen lain menulis: “Isteri yang baik dan sopan tidak memanggil suami dengan (panggilan) namanya.”
Haqiem, 23, dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabillah, Cyberjaya.
View this post on Instagram
Perkahwinan pasangan itu mencatat rekod untuk tahun 2021 apabila difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.
Sumber: K! ONLINE