Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjawab persoalan netizen yang bertanyakan sama ada dia seorang yang mem.be.ron.tak dan tidak ingat Tuhan.
Tidak cukup dengan itu, netizen turut me.nyoal menerusi fungsi soalan pada Instagram, apakah yang Puteri Balqis belajar daripada ibunya.
“Hello adik orang kata adik re.bel dan tak ingat Tuhan, apa yang adik belajar daripada ibu adik,” soal netizen berkenaan.
Tenang menjawab soalan tersebut, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 menyatakan ibunya selalu membantu haiwan biarpun sekecil serangga.
“Dear uncle, terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita sentiasa menolong haiwan sekecil se.ran.gga, tidak ada social media, mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu me.ngu.mpat men.geji.
“Berterima kasih kepada rumput yang dipi.jak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang di.khia.n.ati. Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada p.emo.tong rum.put dan tu.ka.ng sapu sampah.
“Ini doa ibu saya setiap hari, wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hambaMu, termasuk tumbuhan dan haiwan, semoga seluruh hambaMu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan,” katanya.
Terdahulu, penampilan terbaru Balqis yang memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengko.rak menc.et.us.kan tanda tanya ramai mengenai kead.aan terkini pelakon cilik itu.
Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hilang daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah kesihatan.
Sumber: Gempak