Home Hiburan Kalau Sudah Namanya Jodoh… Oktovia Manrose Kahwini Kenalan Yang Dipertemukan Semula

Kalau Sudah Namanya Jodoh… Oktovia Manrose Kahwini Kenalan Yang Dipertemukan Semula

197
0

Dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose atau nama sebenarnyw, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman,30, telah sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa,31, pada Selasa.

Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan hari bahagia mereka di MAGICA Quill Ballroom, Quill City Mall, Kuala Lumpur dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu mengikuti prosedur operasi standard SOP.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 bersama lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

Walaubagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

619837B3 DBEB 4733 BED2 385E929D7EBF

0E5C0081 BEE4 4E12 8455 BC15DAECB462

57BA74C8 8399 45D4 A434 56FA887A8A2A

Oktovia dan Khairul telah berkenalan sejak tujuh tahun yang lalu menerusi ahli keluarga terdekat sebagai kawan biasa. Namun, perasaan terhadap satu sama lain mula timbul selepas dipertemukan semula beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Oktavia mengakui keinginan bekas pemain bola sepak Melaka United itu untuk sama-sama berhijrah mendekati Allah SWT menjadi antara sebab dirinya tertarik menjadikan Khairul sebagai suami.

Ini kerana, mereka mempunyai persamaan atas tujuan yang sama iaitu untuk mendekatkan diri kepada Illahi.

Turut menaja majlis pernikahan pasangan raja sehari ialah Picturesquare production untuk foto dan video majlis, Arinaa Craft untuk doorgift dan Azam Pandan Sdn. Bhd untuk kek pernikahan.

Sementara itu, hari bahagia mereka Oktovia dan turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Iwan dan Datuk Nash.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Uqasha Senrose serta suaminya Kamal Adli, Nelydia Senrose, Emma Maembong dan ramai lagi.

989A1446 0AB1 4E10 B408 A170890E2E23BCB79CAE EAEB 4C23 B2B1 EE6A20DCFC66

6F41A182 0F3C 45BA BB9B BB6FEBA18C55

Untuk rekod, Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 kemudian berc3rai pada tahun 2015.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

 

Foto: Picturesquare Production

Sumber: MH

Previous articleDidakwa Sejenis Kuat Mmber0ntak & Lupa Tuhan. Sekali Ini Jawapan ‘Deep’ Puteri Balqis – “Wahai Pencipta Kami…”
Next article[VIDEO] ‘Uwais Menang Ibu’ Buat Netizen Seb4k – ‘Arw4h Mesti Tersenyum & Men4ngis Kegembiraan Dari Atas Sana’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here