Ketibaan selebriti media sosial dan pelakon, Norreen Iman ke London, United Kingdom disambut dengan in.siden yang tidak diingini apabila wanita itu dengan secara tidak sengaja menjamah sandwich yang mengandungi ‘pork belly’ atau pe.rut b.a.bi.
Menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan menerusi Instagram Story, Norreen memberitahu yang dia membeli sandwich berkenaan kerana tidak tahu kandungan sandwich berkenaan ada unsur tidak halal.
“Aku beli ni nampak kat situ tulis ham ke apa. Hari pertama saya berada di UK saya ter.ma.kan ba.bi. Pengajarannya sebelum makan kita tanya orang dulu dan baca di belakang,” katanya.
Kelihatan turut sama mengikuti Norreen ke London pelakon Janna Nick dan penyanyi Andi Bernadee.
Dalam pada itu, Norreen turut menyelar beberapa individu yang bertanya di ruangan DM di Instagram bagaimana rasa apabila termakan da.ging haiwan tersebut.
View this post on Instagram
“Semalam terma.kan b.a.bi. Hari ni aku rasa macam nak sa.mak lid.ah aku berkali-kali tahu tak. Malam tadi dah berus gigi be.riya, hari ni kena buat benda yang sama ni. Korang boleh lagi tanya, macam eh rasa ba.bi tu sedap tak? Hello, aku bukannya nak makan sangat pun b.a.bi tu. Aku rasa macam s.a.kit hati.
“Duk semua DM, tapikan alang-alang dah terma.kan tu nak tahu jugak sedap tak rasa dia. Aku sepak muka kau nanti sampai muka kau jadi babi tau.
View this post on Instagram
“Boleh pulak semalam tersangkut-sangkut kat gigi aku. Aku macam nak jumpa doktor gigi terus bersihkan gigi aku yang penuh dengan BLT, babi lemak tepi. Inilah caranya mungkin nak samak sekiranya kau termakan babi di Lon.don,” katanya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya menasihati Norreen supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang halal ketika berada di sana.
Ada juga yang memberi cadangan supaya membeli makanan di kedai arab.
Sumber: Gempak