Seluruh dunia diduga dengan pand3mik Cov1d-19 yang membuatkan kita terpaksa memendam hasrat untuk pulang berjumpa dengan keluarga tersayang selama dua tahun. Selepas diberi kelonggaran untuk merentas dan sempadan dibuka ia merupakan satu nikmat yang tidak terkata.
2 tahun terp1sah sebab Cov1d-19
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nurshafika Rahmat di TikTok, dia sempat merakam momen yang tidak akan pernah dilupakan oleh anak saudaranya apabila dapat bertemu dengan ibunya semula selepas dua tahun tidak dapat berjumpa akibat pand3mik Cov1d-19.
Difahamkan wanita berkenaan membawa anak buahnya itu pergi ke sebuah pusat beli-belah bagi membuat kejutan kepada kanak-kanak itu.
Kakak buat-buat tak nampak anaknya. Alhamdulillah dapat jumpakan kakak dengan anaknya yang terpisah dua tahun.
Ketika kanak-kanak perempuan itu sedang berjalan, langkahnya terhenti apabila ternampak seorang wanita yang memiliki wajah mirip seperti ibunya. Walaupun wanita berkenaan memakai pelitup muka dan berjalan bertentangan dari arah mereka, namun kanak-kanak berkenaan bertindak tegur kerana yakin bahawa itu adalah ibunya.
Lebih s3bak lagi apabila kanak-kanak perempuan terbabit dilihat terus memeluk ibunya dan dilihat mereka anak beranak gagal men4han seb4k sebelum mengalirkan a1r m4ta kerinduan.
Perasan macam mak dia. Terus tegvr sebab yakin itu mak dia walaupun dua tahun tak jumpa. Maknya kerja kat Singapura. Sebelum ini ulang-alik tapi diseb4bkan Cov1d-19 tersekat kat sana. Tak dapat balik. Ni baru dapat balik jumpa keluarga.
Video penuh :
‘Naluri seorang anak tetap kenal maknya’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh apabila melihat si anak memeluk ibunya. Malah ada juga turut berkongsi pengalaman yang sama seperti kanak-kanak berkenaan.
Sumber : norshafikarahmat VIA OHBULAN