Pelakon senior, Faizal Hussein terkenang kisah lucunya ketika pertama kali bertemu seniman agong, Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee.
Jelas Faizal, ketika itu dia berusia dalam lingkungan empat tahun dan bapanya yang juga pelakon, Allahy4rham Hussein Abu Hassan membawanya ke lokasi penggambaran filem komedi popular arahan P. Ramlee berjudul Laksmana Do Re Mi.
Katanya lagi, pada ketika itu, dia membuat satu kesilapan sehingga menyebabkan sesi penggambaran tersebut terpaksa dihentikan seketika.
“Sewaktu melakonkan filem Laksmana Do Re Mi, arw4h bapa saya membawa watak sebagai Menteri Fasola. Dalam filem itu, ada satu babak yang memaparkan aksi pertempuran di antara mereka di dalam sebuah gua.
“Jadi waktu keduanya sedang melakonkan babak tersebut, saya sebenarnya berada di belakang gua,” katanya kepada MH.
Disebabkan terlalu teruja melihat prop dan replika gua yang telah dihasilkan oleh pihak produksi, Faizal secara spontan bertindak mengoyangkan gua tersebut saat sesi penggambaran sedang dijalankan.
“Pada waktu itu, saya sangat terkesima dan kagum dengan cara mereka menyediakan set gua berkenaan.
“Tapi saya tak tahu mereka rupanya menggunakan ‘cardboard’ untuk bentukkan gua berkenaan dan kemudiannya dicat. Pada bahagian belakang, mereka hanya meletakkan rangka-rangka kayu sahaja.
“Disebabkan terlalu teruja, saya pun goyangkan gua tu dan pada ketika itu, P. Ramlee dan ayah saya tengah berlawan.
“Jadi mereka terpaksa hentikan shoot dan director pun jerit ‘cut… kenapa gua bergoyang’,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Faizal turut mended4hkan, sebaik sahaja sesi penggambaran filem tersebut berakhir, bapanya telah membawa dia untuk berjumpa dengan P. Ramlee.
“Lepas diorang periksa, mereka nampak saya dekat belakang gua. Muka saya pun blur sebab tak tahu apa yang terjadi.
“Lalu sejurus kemudian, bapa saya bawa berjumpa dengan P. Ramlee. Kami bersalaman kemudian dia tegur saya fasal goyang gua tadi dan dia peluk saya. Masa tu tiada kamera, jadi tak boleh la nak ambil gambar,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Filem Laksamana Do Re Mi yang diterbitkan pada tahun 1972 turut dilakonkan oleh A.R. Tompel, Ibrahim Din, Dayang Sulu dan ramai lagi.
Sumber: MH