Home Hiburan “Saya Goyangkan Gua Ketika…,” – ‘Kacau’ Set Laksamana Do Re Mi, Faizal...

“Saya Goyangkan Gua Ketika…,” – ‘Kacau’ Set Laksamana Do Re Mi, Faizal Hussein Cerita Balik Kisah Lucu Pertama Kali Jumpa Tan Sri P. Ramlee

258
0

Pelakon senior, Faizal Hussein terkenang kisah lucunya ketika pertama kali bertemu seniman agong, Allahy4rham Tan Sri P. Ramlee.

Jelas Faizal, ketika itu dia berusia dalam lingkungan empat tahun dan bapanya yang juga pelakon, Allahy4rham Hussein Abu Hassan membawanya ke lokasi penggambaran filem komedi popular arahan P. Ramlee berjudul Laksmana Do Re Mi.

Katanya lagi, pada ketika itu, dia membuat satu kesilapan sehingga menyebabkan sesi penggambaran tersebut terpaksa dihentikan seketika.

“Sewaktu melakonkan filem Laksmana Do Re Mi, arw4h bapa saya membawa watak sebagai Menteri Fasola. Dalam filem itu, ada satu babak yang memaparkan aksi pertempuran di antara mereka di dalam sebuah gua.

“Jadi waktu keduanya sedang melakonkan babak tersebut, saya sebenarnya berada di belakang gua,” katanya kepada MH.

9953C2F0 A32A 41F5 89F0 EFD59CF46A63020F3445 14AF 4775 8F6F CA13E37D751E

Disebabkan terlalu teruja melihat prop dan replika gua yang telah dihasilkan oleh pihak produksi, Faizal secara spontan bertindak mengoyangkan gua tersebut saat sesi penggambaran sedang dijalankan.

“Pada waktu itu, saya sangat terkesima dan kagum dengan cara mereka menyediakan set gua berkenaan.

“Tapi saya tak tahu mereka rupanya menggunakan ‘cardboard’ untuk bentukkan gua berkenaan dan kemudiannya dicat. Pada bahagian belakang, mereka hanya meletakkan rangka-rangka kayu sahaja.

“Disebabkan terlalu teruja, saya pun goyangkan gua tu dan pada ketika itu, P. Ramlee dan ayah saya tengah berlawan.

“Jadi mereka terpaksa hentikan shoot dan director pun jerit ‘cut… kenapa gua bergoyang’,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Faizal turut mended4hkan, sebaik sahaja sesi penggambaran filem tersebut berakhir, bapanya telah membawa dia untuk berjumpa dengan P. Ramlee.

F903ABC3 1AF7 4D6A 96C9 C98ACEB055278579C6F1 C21B 4D64 BE2F AD32BEAB072BC6C0F211 C005 4EA9 BE47 EECC6765BB55

“Lepas diorang periksa, mereka nampak saya dekat belakang gua. Muka saya pun blur sebab tak tahu apa yang terjadi.

“Lalu sejurus kemudian, bapa saya bawa berjumpa dengan P. Ramlee. Kami bersalaman kemudian dia tegur saya fasal goyang gua tadi dan dia peluk saya. Masa tu tiada kamera, jadi tak boleh la nak ambil gambar,” katanya lagi.


Filem Laksamana Do Re Mi yang diterbitkan pada tahun 1972 turut dilakonkan oleh A.R. Tompel, Ibrahim Din, Dayang Sulu dan ramai lagi.

Sumber: MH

Previous article[VIDEO] Pengawal Halau Bi4wak Gaya ‘Helikopter’, Ramai Kata Itu Cara Selamat Untuk Elak Dig1git
Next article[Vide0] Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pec4h pervt
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here