Sejak belakangan ini, penampilan pelakon versatil Jasmin Hamid mencuri tumpuan warganet apabila sering berkongsi foto mengenakan imej berhijab di laman Instagram sehingga meraih pujian ramai.
Bagaimanapun, menerusi laporan Utusan Online, pelakon berusia 47 tahun itu tampil menjelaskan bahawa dia masih belum berhijab sekali gus untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengikutnya.
View this post on Instagram
“Mesti ramai menyangka saya sudah berhijab berdasarkan beberapa gambar yang saya kongsikan di Instagram (IG). Sebenarnya penampilan itu adalah untuk karakter lakonan.
“Sebelum ini saya tak mahu komen apa-apa. Peminat pun tahu gambar itu diambil ketika saya bekerja.
“Tetapi saya bersyukur, sedikit demi sedikit Allah berikan rezeki berhijab meskipun untuk karakter lakonan. Tolong doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, imej tersebut disambut baik oleh pengikutnya yang memuji kecantikan pelakon drama Derita Untuk Bahagia itu selain mendoakan agar Jasmin kekal istiqamah dengan penampilan sebegitu.
View this post on Instagram
Komen Netizen:
Bulan lalu, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid selamat mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Nazmir Abd Rahim selepas 10 tahun bergelar ibu tunggal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OMM, motifviral