Home Uncategorized “Baik Budaknya, Sopan Dan…,” – Sikap Sebenar Bunga Isme Dikongsikan Siti Nordiana,...

“Baik Budaknya, Sopan Dan…,” – Sikap Sebenar Bunga Isme Dikongsikan Siti Nordiana, Cerita Suasana Waktu Rakam ‘Amaran’

221
0

Penyanyi Siti Nordiana tidak menafikan keunikan yang ditampilkan Bunga Isme dalam nyanyian sebagai antara sebab dia memilih bintang muda itu untuk sama-sama tampil di dalam single baharu, Amaran.

Menurut Siti Nordiana atau Nana, penampilan Bunga juga menerusi single berkenaan juga sebagai hasrat lama yang berjaya direalisasi.

sitinordiana 261190902 343845130876790 3712582598124662860 n

“Saya suka tengok caranya rap dan dia seorang yang comel. Lazimnya kita tengok dia buat rap dengan mengenakan baju kurung. Bagi saya itu istimewa dan unik. Itulah yang saya nampak.

“Jujurnya, lagu ini pun sudah setahun kami rancang. Cuma kerana komitmen terhadap lagu masing-masing sebelum ini, menyebabkan hanya sekarang dapat dilancarkan.

“Malah saya sendiri sudah lama berhasrat untuk ada sebuah lagu yang mempunyai elemen rap daripada seorang penyanyi perempuan.

“Kami rakam lagu tersebut September lalu. Cuma bila kami terima demo awal, ada satu bahagian melodi yang terkurang di bahagian ‘bridge’ jadi bila ditambah baik inilah hasilnya,” kata Nana.

bungaisme 263093432 4220545131382692 2303701768189437034 n

Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata demikian pada majlis sidang media pelancaran lagu tersebut di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Berkongsi lanjut, Nana juga akui tidak suk4r untuk mencipta keserasian di antara mereka.

“Tak sus4h untuk dapatkan keserasian bersamanya. Bukan tak pernah jumpa pun sebelum ini. Cuma bila dapat bekerjasama buat pertama kali, dia baik budaknya. Sopan dan mudah untuk diajak berbual.

“Malah bila sesi rakaman pun, kami saling berkongsi idea. Dia faham apa yang kita mahukan,” jelasnya lagi.

sitinordiana 263323654 405655064632529 2780810509945524148 n

Lagu Amaran yang berentak EDM Nusantara dan Trap dicipta oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat di samping Bunga sendiri kini boleh boleh distrim di semua platform media sosial.

Malah muzik video rasminya yang dilancarkan di YouTube sejak semalam sudah pun ditonton lebih 100,000 kali.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: MH

Previous article“Doakan Yg Ba1k2 Untuk Saya..” – Imej Berhij4b Jasmin Hamid Dipuj1 C4ntik
Next article“Salah Job Title Tu..”- Awal Ashaari Perl1 Produksi Melodi Ke?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here