Setiap kali keluar dengan kawan-kawan, tentu ada sahaja yang menjadi bahan usikan yang lain terutamanya kawan yang gemar mengvsik. Macam situasi yang dilalui gadis ini apabila dia menerima kejutan hari jadi semasa menjamu selera walaupun sebenarnya hari itu bukanlah hari jadinya.
Reaksinya yang keliru dan tidak tahu apa yang terjadi turut mencuit hati netizen apabila dia secara tiba-tiba meraih tumpuan ramai di situ. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih setengah juta tontonan setakat ini.
VIDEO:
Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis itu dilihat sedang menjamu selera bersama rakan-rakan yang lain semasa dirakamkan. Tidak lama kemudian, pekerja di restoran tersebut hadir ke meja mereka dan memberikan kejutan hari jadi kepada gadis tersebut.
Sebaik sahaja melihat kejutan yang diberikan, gadis itu kemudian kelihatan keliru dan tertanya-tanya memandangkan hari tersebut bukanlah hari jadinya. Namun melihatkan reaksi rakan-rakan lain yang menahan ketawa mereka, barulah dia sedar rupa-rupanya dia sudah menjadi mangsa prank.
Gadis itu akhirnya turut kelihatan pasrah dan hanya melayan sahaja kejutan yang diberikan itu pada akhirnya. Dalam masa yang sama, reaksinya yang keliru itu turut membuatkan rakan-rakan yang lain berd3kah melihatnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berd3kah melihat reaksi terpinga-pinga dari gadis tersebut. Malah ada yang berseloroh tentunya gadis itu berasa pelik apabila dirinya menjadi perhatian secara tiba-tiba.
KOMEN NETIZEN:
“Terbantut dia nak suap makanan dalam mulut…”
“Serba salah member.”
“Dia punya keliru tu.”
“Muka dia tu macam tak ingat hari lahir dia.”
Sumber:HCL