Antara cabaran terbesar mereka yang bekerja dalam bidang penghantaran barang ialah apabila mereka tak jumpa rumah penerima parcel, mungkin sebab alamat yang ditulis tak begitu jelas atau lokasi rumah penerima tu agak tersorok.
Namun, ini dapat diselesaikan dengan bertanyakan rumah si penerima tu pada jiran kawasan tu atau mereka akan hubungi penerima tersebut dengan nombor yang tertera pada pembungkusan.
Walau bagaimanapun, untuk seorang brother penghantar barang ni pula, kedua-dua jalan penyelesaian itu menemui jalan buntu sebab penerima tulis namanya sebagai ‘Power Ranger’ manakala nombor telefon pula tak cukup digit. Adoi, pening kepala rider kalau macam ni.
Menurut Suara.com, kejadian lvcu itu telah dikongsikan oleh seorang penghantar barang, dipercayai di Indonesia tentang dirinya yang buntu untuk menghantar barang tersebut.
Video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Jawad.hilman baru-baru ini.
Dalam video TikTok itu juga, dia menceritakan bahawa dia telah bertanyakan kepada makcik-makcik yang tinggal di sekitar kawasan itu namun tetap tak ada jawapan sebab makcik-makcik tu pun hanya mampu gelak je bila dia tanya kat mana rumah ‘Power Ranger’.
Sehingga kini, video itu telah meraih 11.6 juta tontonan dan lebih 14 ribu komen daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan ‘kebvntuan’ lelaki terbabit.
Selain itu, ada juga yang turut bersimpati dengan lelaki tu sebab nama penerima yang pelik itu akan menyukarkan rider untuk menghantar barang tepat pada waktunya.Lelaki itu juga menasihati mereka yang gemar membeli barang dalam talian untuk menggunakan nama sebenar.
Walaupun perkara ni terjadi di Indonesia, kita pun kena ambil iktibar, jangan lah letak nama-nama yang tak jelas time beli barang online tu. Naya rider barang nak cari rumah nanti.
Sumber: TikTok @Jawad.hilman, Suara.com, Lobak Merah