Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi, Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 19 November ini.
Majlis akad nikah akan dijalankan pada petang Jumaat, manakala majlis resepsi secara kecil-kecilan akan dibuat pada sebelah malamnya.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Haqiem mend3dahkan bakal isterinya itu merupakan rakan bisnesnya. Mereka mula berkenalan melalui perniagaan yang dijalankan bersama.
Menyifatkan bakal isteri sebagai seorang yang ‘sempoi’, Haqiem berkata gadis itu sangat lengkap di matanya. Tambah Haqiem lagi, kehadiran gadis itu membuatkannya gembira dan telah banyak mengubah dirinya.
Menurut penyanyi ini lagi, mereka sudah hampir dua tahun mengenali hati budi masing-masing. Kali pertama berjumpa gadis itu, hatinya berkata ‘ya’ dan Haqiem yakin ‘she’s the one’.
Sementara itu, mStar mend3dahkan beberapa keping foto dan trivia mengenai bakal isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea.
Difahamkan, Anis baru berusia 19 tahun dan keluarganya berasal dari Kelantan. Merupakan seorang selebriti media sosial, Anis mempunyai seramai 41,000 pengikut di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen mengucapkan tahniah di atas perkahwinan yang bakal berlangsung. Peminat turut memuji rupa paras gadis ini yang sangat lembut dan comel.
Kredit: Youtube TV3Malaysia Official | mStar, OhMedia