Home Hiburan Hantar ibu pergi hospital sebab s4kit perut, anak tak sangka itu pertemuan...

Hantar ibu pergi hospital sebab s4kit perut, anak tak sangka itu pertemuan terakhir mereka..

230
0

KEHILANGAN insan bernama ibu sememangnya pe.rit untuk digambarkan.

Hampir tiga bulan pe.mer.gian ibu ke negeri abadi, pemuda ini berkongsi rasa menerusi satu video di aplikasi TikTok.

Lambaian si ibu yang diletakkan di awal video, iaitu ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas mengerjakan umrah seolah-olah menghantar mesej untuk ‘pergi’ selama-lamanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut Amirul Yik, ibunya, Suryani Ismail, 47, yang meninggal dunia pada 27 Ogos lalu selepas dijang.kit.i C.o.v.id.-19, benar-benar mening.gal.kan ke.san mendalam buat dirinya dan keluarga.

“Dekat awal video tu saya masukkan rakaman yang diambil ketika ibu pertama kali nak pergi umrah pada Januari 2020. Dia melambai-lambai, seperti simbolik mahu pergi meninggalkan kami.

“Sebenarnya kami tak expect pun dia po.sitif C.o.v.i.d-19. Pada mulanya, ibu sakit perut dan kami ingat sa.kit perut biasa dan tiada kai.tan dengan C.o.v.i.d-19. Masa tu tak nampak langsung simptom lain.

“Lama-kelamaan, ibu lemah dan tak larat. Saya ajak juga pergi klinik buat check up… masa tu waktu menunjukkan pukul 12 tengah malam dah. Ibu buat ujian calitan sekali. Tapi keputusan ujian kena tunggu sehari.

“Tapi sebelum keputusan keluar, tak lama tu ibu mengadu tak tahan sa.kit dan ajak pergi hos.pital. Kami berat hati juga sebab memikirkan di hospital, ibu lebih terdedah dengan risiko jang.kitan C.o.v.i.d-19 namun kami akhirnya akur kerana mahu ibu dapatkan rawatan,” kata pemuda berusia 21 tahun ini.

MAK 1

Amirul bersama ar.wah ibunya sebelum berlepas untuk mengerjakan umrah pada Januari 2020.

Amirul berkata, keputusan ujian calitan akhirnya mengesahkan bahawa ibunya po.si.tif C.o.v.i.d-19.

“Memandangkan ibu po.sitif, kami sekeluarga semua buat swab test dan hasilnya enam orang ahli keluarga termasuk saya po.si.tif. Hanya adik bongsu saja yang negatif. Tiga daripada kami dikuarantin di rumah termasuk saya, manakala tiga yang lain di pusat kuarantin.

“Dua hari pertama ibu di hos.pital, keadaannya nampak okay walaupun agak lemah. Kami selalu buat video call. Masuk hari ketiga, ibu perlukan bantuan oksigen 50 peratus.

MAK 2

Ar.wah ibu bersama bapanya.

“Tak lama tu, doktor maklumkan pihak mereka kena tidurkan ibu. Anak dan suami mana yang tak sedih. Kita tahu, kalau intubate, peluang antara hidup dan mati adalah 50-50,” cerita anak ketiga daripada empat adik beradik ini.

Menurut Amirul, setiap hari doktor akan menghubungi keluarganya untuk memaklumkan perkembangan semasa ibunya.

Namun panggilan yang diterima pada petang 26 Ogos benar-benar membuatkan mereka tersentak dan diselubungi seribu satu perasaan.

Selepas satu-satunya adik ibu buat video call dengannya tengah malam tu, ibu hembuskan nafas terakhir.

AMIRUL YIK

“Masa tu kami sekeluarga ada dalam video call tu. Dok.tor beritahu situasi ibu ketika itu… kata doktor, paru-paru dan buah pinggang dah rosak, dan hampir pakai sepenuhnya bantuan oksigen. Doktor juga beritahu, mungkin malam tu ibu dah tak ada.

“Tipulah tak sedih. Takut kehilangan, ter.kejut… semua ber.cam.pur baur. Selepas satu-satunya adik ibu buat video call dengannya tengah malam tu, ibu hembuskan nafas terakhir. Mungkin ibu tunggu adik dia,” katanya yang menetap di Cheras.

Tambah Amirul, sebagai salah seorang anak yang sememangnya rapat dengan ar.wah ibu, dia sendiri mengambil masa selama dua bulan untuk benar-benar bang.kit daripada ke.se.di.han.

“Saya ingat sebelum ibu masuk hos.pital, dia panggil kami adik beradik. Seolah-olah beri amanat. Katanya, kalau ada berita men.ge.jutkan, mi.sal kata dia ‘pergi’, jagalah satu sama lain, jaga ayah.

FAMILI

Gambar kenangan Amirul (kiri, belakang) bersama arwah ibu dan keluarga ketika hari raya baru-baru ini.

“Saya kongsi video tu sebenarnya hanya untuk kenangan. Dan saya nak sampaikan kepada semua, bahawa ibu adalah segalanya. Saya ingat kata-kata ibu, buat apa cari pahala kat luar, dekat dalam rumah pun boleh buat pahala. Apa-apa berkaitan ibu, semua pahala.

“Ramai juga share cerita sama, kehilangan orang tersayang. Dan mereka kata saya kuat. Sebenarnya saya tak kuat. Dua bulan saya ambil masa nak ‘heal’. Rindu tu sampai sekarang ada lagi.

“Sesiapa yang masih ada mak dan ayah atau orang tersayang, ambillah seberapa banyak gambar atau video. Kalau mereka dah tak ada, maka tak ada dah momen tu,” katanya lagi.

Sumber: mStar

Previous articleTahniah, Caprice kahwin senyap-senyap- “Saya kenal pasangan Caprice tu, tpi..”
Next article“Brtuahnye kmu dpat memikat, Netizen ” – ‘Haqiem Rusli Dibanjiri Komen Ucapan Tahniah.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here