MELAYAN keinginan isteri kadangkala bukanlah satu tugas yang mudah, nak-nak bila mereka meng4ndung dan mengidamkan benda-benda yang agak luar biasa.
Namun atas dasar cinta, apa sahaja sanggup dilakukan si suami demi kebahagiaan bersama.
Terdahulu tular sebuah video seorang wanita memohon kerjasama warga maya untuk membantunya memujuk suaminya membeli sebuah “lori bvruk”.
“Baby orang lain mengidam “Lamborghini”, baby kita mengidam nak lori bvruk la.
“Cik somi (suami) cakap kalau dapat 100k like dia beli,” seloroh Nik Nur Amirah Najibah Nik Johan sambil menjelaskan dia sebenarnya tidak meng4ndung.
View this post on Instagram
Bercakap kepada mStar, dia yang lebih senang disapa Amirah berkata suaminya, Ahmad Zaidi Zulkifle, 26 yang turut berkongsi minat yang sama terhadap lori tersebut tidak menunggu lama untuk membeli lori tersebut sebaik sahaja angka 100,000 like tersebut dicapainya.
Jelasnya, “lori burvk” idamannya itu sebenarnya bukanlah lori biasa-biasa, sebaliknya ia adalah kenderaan yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Malah menurut Amirah, lori tersebut tidak mudah untuk dibeli di pasaran Malaysia.
“Lepas dapat 100k like dia tak ada cakap banyak terus dia deal dengan seller kemudian beli sebab barang limited, lori ni lori askar Jepun yang dulu-dulu jadi kena jaga betul-betul.
“Nama lori tu Mowag Butcher Duro 6×6 keluaran Itali, special order untuk pasukan ATM kita jadi tempat pemandunya di sebelah kanan.
“Saya memang dah lama minat sebab ia antara barangan rare memang boleh dikatakan sayang lori tu lagi dari kereta,” katanya.
Amirah boleh memandu lori terbabit.
Amirah yang juga seorang pengasas produk kosmetik berkata lori tersebut dibelinya pada bulan Oktober lalu iaitu sewaktu pelancaran produknya iaitu Miraculuos Cosmetics.
Dia yang juga pemilik kilang pembuatan bata simen berkata lori tersebut dibeli pada harga RM50,000, manakala RM20,000 lagi dil4burkan bagi tujuan menambah aksesori.
“Aksesori tu termasuk untuk hidupkan semua fungsi lampu, wiper dan hon.. masa ambil dulu keadaan lagi teruk, kalau tengok memang macam besi bvruk,” katanya sambil menambah, dia membeli lori terbabit di sebuah syarikat di Selangor.
Amirah ingin membantu orang kampung sewaktu banjir.
Menetap di Tumpat, Kelantan, Amirah berkata, selain minat, lori terbabit dibelinya bagi kegunaan sewaktu banjir.
“Lori ni beli untuk suka-suka serta untuk main air masa mvsim b4njir, lepas tu boleh buat pergi camping.
“Masa musim tengkvjuh nanti bolehlah kami buat kerja-kerja amal bantu memind4hkan m4ngsa banjir,” katanya.
Sumber:mStar