Isu yang tular di media sosial mengenai pemilik restoran yang menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196 mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah selebriti dan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin yang turut tampil memberikan pandangannya.
“Telus Dalam Berniaga Itu Satu Ad4b”-Normala Samsudin
Menerusi sebuah posting yang dimuatnaik di Instagram, Normala memberitahu bahawa ketelusan dalam berniaga itu adalah sebuah ad4b .
“Telus dalam berniaga itu adab. Bagitau sekilo berapa harga. Dah masak berapa harga. Kalau mereka tak setuju harga mahal sangat terpulang pada pelanggan.”- pesan Normala
Tambahnya lagi, sebagai pelanggan adakalanya mereka terlupa untuk bertanyakan harga seekor ikan berikutan terlalu lapar dan mungkin takut dianggap sebagai pelanggan yang kedekut.
“Kita sebagai pelanggan kadang-kadang bila tengah lapar lupa nak tanya harga seekor ikan, sebab biar cepat masak, sebab malu nak tanya nanti orang kata kedekut pun ya.
“Tapi sebab tak bertanya itulah kita terjerat. Saya pernah terkena macam ini, nak jaga air muka sendiri dan juga tuan kedai.
Rasa serik juga, tapi bertabah dan fikir baik je la..”- kata Normala
Punca Pelanggan ‘Terj3rat’
Mahu Pihak Siasat & Perbetulkan Isu Yang Tular
Dalam pada itu, beliau turut berharap akan ada pihak yang terlibat untuk menyiasat dan memperbetulkan isu yang sedang tular tersebut secara menyeluruh di semua tempat pelancongan.
“La ni harga barang memang naik melambung..Kita harap ada pihak yang menyiasat dan perbetulkan.
Bukan sahaja di Langkawi, tapi di semua tempat perlancongan.”- katanya lagi
Untuk rekodm, beberapa hari yang lalu, k3coh di media sosial apabila seorang warganet yang mend4kwa dia terpaksamembayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram sewaktu bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.
Sumber:murai