Home Isu Semasa “Berkhawin dgn sape tu..” Didɑkwa Dh Kahwin?. Skali Janna Nick Tampil Buka...

“Berkhawin dgn sape tu..” Didɑkwa Dh Kahwin?. Skali Janna Nick Tampil Buka Mulut!

493
0

Pelakon, Janna Nick menafikan gambar dia berbaju songket biru yang dimuat naik di Instagram sempena majlis pernikahannya itu adalah sekadar menjayakan babak kahwin menerusi drama Shakira.

Janna menjelaskan, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu membuatkan banyak pihak terasa hati dengannya.

“Saya tidak menikah sebaliknya gambar itu sekadar babak untuk drama Shakira yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Sengaja saya muat naik (di Instagram) kerana tarikh pada hari ini cantik.

htrh 1

“Ramai pihak yang sudah menelefon bertanya mengenai perkara ini, malah rakan-rakan selebriti turut terasa hati kerana tidak mendapat jemputan. Saya mohon maaf kepada semua yang sudah salah faham.

“Buat masa ini, saya belum mempunyai sebarang perancangan untuk menikah dalam tempoh terdekat. Malah, saya pun tak akan memuat naik gambar berkenaan, sebab kata orang boleh hilang seri,” katanya kepada Harian Metro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Perkongsian Janna di Instagram itu dengan memuat naik gambar dia berbaju songket berwarna biru dan duduk di pelamin sebentar tadi menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti.

Sebelum ini, Janna menjelaskan akan mengambil langkah sama seperti sepupunya, Adam Lee yang berkongsi berita pertunangan dengan pelakon Sweet Qismina pada hari mereka melangsungkan pertunangan.

Janna berkata, dia akan berkongsi berita gembira itu pada waktu yang tepat.

Sumber:MH

Previous article“Ah Kalau Betul Tunang Tak De Nya Hang Pakai Macam Ni”- Foto Janna Nick Jadi Tanda Tanya
Next article“Menangis truss..” (Video) Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Gembira Dapat Makan Kek Pengantin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here