Home Isu Semasa “Menangis truss..” (Video) Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Gembira Dapat Makan Kek...

“Menangis truss..” (Video) Dah Lama Mengidam, Ibu Mengandung Gembira Dapat Makan Kek Pengantin

217
0

Bak kata orang dulu-dulu, jangan buat main kalau ibu yang sedang mengandung mengidamkan sesuatu. Kalau boleh ditunaikan, baik tunaikan dengan segera sebelum bayi dilahirkan.

Mengidam pula, boleh jadi bermacam-macam benda. Tak kisah dari segi makanan ataupun perkara-perkara yang pelik. Lagi-lagi kalau benda yang diidamkan dapat ditunaikan, boleh menyebabkan ibu mengandung beremosi!

Seperti satu video yang dikongsikan di TikTok milik @_mekmim, dilihatkan dirinya sungguh beremosi ketika menjamah kek pengantin yang dipercayai berada di satu kenduri kahwin.


Ternyata dirinya sudah lama mengidam kek pengantin tetapi disebabkan larangan mengunjungi majlis keramaian yang dibuat sebelum ini menyebabkan dirinya terpaksa tahan berbulan lamanya.

Disebabkan kejadian itu juga, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen di bahagian komen. Rata-rata mengatakan perkara yang sama iaitu emosi ibu mengandung sememangnya amatlah sensitif dan harus dijaga dengan baik supaya tidak rasa terganggu.

“Jangan cakap mak buyung mengada tauu.. Simple things pon bleh buat nangis tau..” – Netizen

Tidak ketinggalan, ramai juga yang menceritakan pengalaman mereka mengenai kawan-kawan mereka yang turut beremosi sehingga boleh menangis seharian kerana tidak dapat apa yang diidamkan sewaktu mengandung.

 

Ibu Full

 

Nampak tak? Kesimpulannya, kalau ibu mengandung inginkan sesuatu kerana mengidam eloklah ditunaikan untuk mengelakkan mereka kecewa sehingga boleh menjejaskan kandungan mereka.

Min doakan semoga semua urusan Mekmim dipermudahkan sehingga selamat melahirkan..

Sumber:https://lobakmerah.com/

Previous article“Berkhawin dgn sape tu..” Didɑkwa Dh Kahwin?. Skali Janna Nick Tampil Buka Mulut!
Next articleSelesai Umrah, Tya Ariffin Kini Selamat Tiba Di Malaysia – “Panjang Perjalanan & Perjuangan Nak Balik…,”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here