TIGA hari selepas kelahiran cahaya mata sulung, vokalis kumpulan Caliph Busker iaitu Azmi Saat diuji apabila bayi lelakinya yang diberi nama Khairul Afnan berdepan pen.yakit kro.nik yang masih belum diketahui.
Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hos.pital swasta di Kuala Lumpur.
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya.
Azmi dan isteri teruja timang anak sulung pada Isnin lalu.
“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram pada pagi Khamis.
Usaha mStar mendapatkan maklumat lanjut bagaimanapun masih belum berjaya kerana panggilan dibuat tidak berjawab.
Malam tadi Azmi ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan!
SYAH
PENGURUS AZMI SAAT
Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluah.kan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun.
Sementara itu, pengurus Azmi iaitu Syahz Rahman ketika dihubungi mStar memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeri.ksaan pa.kar terlebih dahulu.
Perkongsian Azmi di Instagram mengenai keadaan kesihatan anaknya.
“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terak.hir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan ber.nafas dengan ban.tuan alat pernafasan.
“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan pun.ca sebenar.
“Mungkin pagi ini Azmi si.buk menguruskan anaknya, semoga ada keaja.iban buat Afnan dan dia kembali sembuh seperti biasa,” kata Syahz.
Sumber:mstar