Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni men.curi perhatian wargamaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan.
Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab.
Menerusi laman sosial Instagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum.
“Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang me.nan.gis.
Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan malu-malu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang me.ren.gek.
View this post on Instagram
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya.
Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tum.pah seperti wajah ibunya, Allahyarhamah Siti Sarah.
“Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya.
“Muka Uwais saling tak tumpah macam arwah ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.
“Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya.
“Adik nangis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam arwah ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.
“Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Gempak