Enam belas calon Sijil Pelajaran Malaysia dari SM Chong Hwa dekat sini terpaksa menaiki trak Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke pusat peperiksaan mereka berikutan beberapa jalan ditenggelami air banjir.
Jurucakap APM negeri berkata, calon yang menduduki peperiksaan lisan SPM hari ini disertai empat guru bersama seorang pengawas peperiksaan.
“Kesemua mereka berkumpul di masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) sebelum trak tiga tan APM mengambil mereka kira-kira jam 7.15 pagi. Beberapa kawasan termasuk berhampiran universiti dan pusat peperiksaan dinaiki air.
Baca juga : Lebih Kurang 1,300 Mangsa Banjir Di Kuantan Telah Dipindahkan, Hujan Tidak Henti-Henti Sejak Semalam
Baca juga : Hujan Lebat Dh Melebihi 14 Jam Di Kuantan,Pahang, Air Mula Naik Di Beberapa Kwsn
“Hujan telah berhenti dan cuaca semakin baik. Kami menjangkakan paras air di sepanjang jalan yang dinaiki air akan surut menjelang tengah hari,” katanya.
“Jalan menuju ke sekolah itu ditenggelami air, menyebabkan laluan itu tidak boleh dilalui kenderaan. Semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan lisan telah diarahkan menunggu di masjid Unipsas dan pengangkutan akan disediakan ke pusat itu,” katanya.
Justeru, selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM dan semoga meraih kejayaan dengan begitu cemerlang.