Setiap manusia di muka bumi ini melalui ujian, tidak kira ujian yang kecil mahupun besar. Ada yang diuji dengan ujian kesakitan, kesempitan hidup, kehilangan insan tersayang dan sebagainya.
Itu yang dilalui seorang lelaki dari Indonesia apabila isteri kesayangannya meninggal dunia setelah 3 bulan melahirkan anaknya. Lebih menyedihkan, mereka telah menunggu selama 10 tahun untuk mendapatkan zuriat, namun Allah lebih menyanyanginya dan meninggal dunia setelah 3 bulan bersalin.
View this post on Instagram
“Walaupun 10 tahun ujian belum memiliki zuriat tapi kami jalani dengan bahagia. Alhamdulillah setelah 10 tahun, akhirnya doa kami termakbul. Alhamdulllah puteri kecil kami telah lahir, yang telah lama kami harapkan..”
“Ada kebahagiaan, ada ujian sakit. Tepat tiga bulan selepas melahirkan, Allah SWT lebih menyayangi isteriku..”
Meskipun pahit untuk ditelan, lelaki ini reda dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT buat dirinya. Dia harus kuat dan sabar untuk menjalani kehidupan demi anaknya yang masih kecil.