Mawar Karim, usahawan mengakui kehidupannya lebih bahagia sekarang dan memberi bayangan seolah-olah sebelum ini beliau banyak menanggung kehidupan keluarga ketika berstatus isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar.
“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dengan dulu, faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya tanggung selama ini,” Katanya.
“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Alhamdulillah,” katanya lagi.
Mawar mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dirinya tidak lagi secantik seperti mana ketika beliau dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.
Pada masa yang sama, beliau juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerang dirinya.
“Awak punya komen pun sedih pakai fake account. Pakai je real account sebab kita dapat check la sekarang ni. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia? Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mulakan Febuari dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesiankan diri sendiri kalau nak happy,” Tambahnya lagi.
Jangan lupa komen yang baik-baik.
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram