Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ini memuat naik foto lama bersama bekas majikannya Kiana Gentry di akaun Instagram.
Imbau Momen Ketika Berusia 32 Tahun
Chef Wan yang satu ketika dahulu pernah bekerja sebagai cef peribadi dan juga ketua tukang masak di restoran milik Kiana dan mendiang suaminya Thomas Gentry, memuat naik gambar kenangan bersama bekas majikannya di media sosial.
“Foto saya dan Kiana di rumah pantai di Utara Haleiva Oahu pada hari Ahad semasa ulang tahun perkahwinan dia parti makan tengah BBQ.
Kami berdua sangat muda.
Dia sayang dan kagumi saya seperti ahli keluarga dia sendiri semenjak hari pertama saya datang bekerja dengan mereka sebagai ketua cef di restoran Angelica mereka di pusat Gentry Pacific dan di rumah mereka sebagai cef peribadi.
Pengalaman yang menakjubkan kerana kami banyak mengembara di merata tempat. Saya berusia 32 tahun waktu itu. Dia sentiasa menawan, jelita dan sangat baik hati dan seorang yang pemurah.” Tulisnya
Netizen Puji Wajah Masa Muda Chef Wan Macam Bintang Filem
Melihat foto cef selebriti itu sewaktu muda membuatkan ramai orang terkejut melihatnya, dan rata-rata ramai warganet memberi komen yang menarik di ruangan komen posting tersebut.
“Anda nampak sangat muda.. Macam 23 ke 25 tahun.. Nampak macam lepasan graduan.. ‘No kidding lah..”
“@_chefwan58 Dato muda dulu macam @jackiechan iras-iras”
“Wow.. Muka anda nampak macam bintang filem Hong Kong lah Dato.. Tapi nasib baik anda jadi cef, kalau tak Jackie Chan pun susah mahu cari makan.. Apa-apa pun doakan anda sihat dan gembira selalu.”
“Wah Chef, anda kurus dan kacak dalam gambar. Hari ni tetap kacak”
“Anda 32 ?? Anda tak nampak langsung macam 32 Chef Wan !. Pertama kali saya teka bila tengok gambar tu, anda mungkin baru ‘graduate’ ke apa. Anda nampak sangat muda. Lah ni dah pangkat atok pun masih nampak muda lagi” komen mereka
Chef Wan memang nampak awet muda dari dulu sampai sekarang!
Sumber: Muraimy