Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok ninietang_, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana seorang wanita yang dikenali sebagai Ninie, berkongsi cerita mengenai beliau termarah suaminya kerana tidak membeli telur. Beliau mengatakan sedang mengandung dan emosinya tidak stabil ketika itu. Beliau termarah suaminya hanya disebabkan itu, namun apa yang dilakukan oleh si suami buat beliau sebak dan serba salah melihatnya. Video klip ini juga telah raih perhatian ramai.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan emosi wanita mengandung sememangnya tidak dapat dijangka dan para wanita juga tidak tahu mengapa mereka sebegitu. Ada juga yang berkongsi cerita mengalami pengalaman yang sama. Reaksi wanita ini yang menangis sambil berasa serba salah kepada suaminya telah mendapat perhatian ramai. perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat smabutan orang ramai sebanyak 613.3K penonton, 49.7K sukaan dan 3850 komen.
Baca lagi: Hasrat Wanita Mengandung Mengidam Nak Makan Nasi Di Kantin Sekolah Tercapai
Baca lagi: “Tiga Kali Gvgur, Tiga Kali Mengandung,” – Hamil 5 Bulan, Syatilla Melvin Doakan Yang Baik-Buat Buat Bayinya
Lihat klip durasi pendek reaksi wanita ini:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@cikyahh98: kite org ni dpt ape yg kite nak pon nangiss tauuu.. sbb terharuu
@mommyAyra: Eee orang pernah pregnant mesti faham perasaan ni. Kita marah pastu bila husband buat apa kita nak kita serba salah pulak sedih pulak
@Nurarina Ahmad Nurdi: hahaha..saya ketawa dalam tangisan ni… mmg mengandung mcm gini lah.. kita tetap comel masa mengandung walaupun menangis.
@xxinaxander1: So skg ni aku nak kene gelak ke nak nangis ? Nak gelak tapi cite die sedih.. nak nangis tapi macam kelako pulakk sorry sis
@Myna Lyn: Aku pun ikut nangis , fhm sgt sy mengandung pun mcmni, Syukur Alhamdulillah suami memahami. Kdg sembunyi msuk bilik air time nk nangis
@Hasrita78: zaman muda2 akk mcm ni dik beranak kerap pulak..5 ank akk,mcm2 emo tp husband sabar sngt syukur alhamdulillah
@Ayuyuyuyu: Sy marah husband sbb air coway xckup panas. Pastu nanges.. Alhamdulillah skrg dh bersalin. Masih dlm pantang.
@iknowatudid: takpe sis… mmg biasa nie… kalau preggy byk mood up n down… u penat nie.. bukan apa je
@JFK: Untung awak dapat suami yang baik,semoga yang baik2 untuk awak sekeluarga.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram