Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nainichaanel, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita membuat satu amaran kepada semua orang, jika mahu menetap di rumah flat jangan menggunakan kenderaan baharu kerana sering dihimpit oleh kenderaan lain seperti mana wanita ini tunjuk di dalam video tersebut. Beliau juga mengatakan berasa risau dengan kenderaan lain apabila berlakunya ‘double park’ terlalu dekat akan memecahkan nombor plat kenderaan orang lain.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan perkara ini sering berlaku kepada penduduk rumah flat kerana tempat letak kenderaan berkongsi dengan yang lain dan terpaksa ‘double park’. Ada juga yang menceritakan pengalaman yang sama kepada mereka. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 648.1K penonton, 14.1K sukaan dan 1422 komen.
Baca lagi: “Parking Valet Harga Kayangan” – Individu Dikecam Salah Bagi Informasi
Baca lagi: “Kereta Hilang Mcm Mana Nak Balik”- Parking Merata, Reaksi Lelaki Tarik Perhatian
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@FUNKY: Pernah dduk flat , bangun pagi tengok atas bumbung kereta ada tin susu f&n dgn sisa nasi lemak , brg motor habis hilang . Tu first dgn last dduk flat
@Brother Roti: uihhh penat tgok umah flat ….yg bela kucing 1 hal…besepah tepi tangga ..nak naik kompom muntah
@My herry: Saya dok umah flat tp kereta saya parking kt ofis.. pergi balik keje naik moto
@Erni_sahar: alhamdulillah flat kmi tak mcamni. masing2 ada no parking & sticker parking takkan ada orang parking bersepah dah
@ccsjazvva: betul tu duk flat tpi keta sampai 3 biji pling dia bolot semua.pda hl klau duk flat..plking bkn milk sesiapa .hya rumah je Kita punya
@user1996512252591: tak dapat nk elak parking penuh dalam tak cukup makanya kena lah blocking saya plate kreta dah patah 34x , dah naik malas nk buat dah plates
@BungaPurple11: Sy pn bsimpati dgn nsib org2 yg dduk cni.yelah rzki msing2 kan.tp kalo sy dberi plihan tkar kt bndar,xpelah.sy sggup dduk d kmpung mcm skrg.
@EsmaelMael65: biasakah kalau tinggal ppr flat double parking kena lepas hand break tolak depan belakang
@liyana07: ni kat subang kn pernh dduk sini dulu abg sty dduk situ lgi hahah biase lh tu
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram