Home Viral Wanita Ini Dikecam Pertikai Pembahagian Daging Korban

Wanita Ini Dikecam Pertikai Pembahagian Daging Korban

265
0

Sejak semalam, viral di media sosial mengenai seorang wanita yang melaksanakan ibadah korban di sebuah masjid terkenal di Sungai Petani meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pembahagian daging korban yang diuruskan oleh pihak masjid.

Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Ustaz Yaakub Yusra, salah seorang AJK Masjid Madad Sungai Petani, seorang peserta ibadah korban telah meminta bahagian daging lembu meskipun telah dimaklumkan bahawa pembahagian tersebut adalah untuk golongan yang berhak.

Malah, dalam mesej yang dihantar oleh wanita tersebut, dia mengkritik cara kerja dan pembahagian daging lembu korban yang dirasakannya sebagai tidak adil.

“Ni mak cik nak habaq mak cik nak kaki, nak perut, nak hati, nak paru. Kelmarin kata dalam resit tulis nak daging saja. Hari ini mak cik tulis semua…”

“Kalau tak bagi 1 helai bulu pun mak cik tak halalkan. Bukan berkira tapi tegas pada golongan faham agama. Cakap lain buat lain…”

Menurut Ustaz Yaakub, setiap peserta perlu memahami niat asal dalam melaksanakan ibadah korban.

“Dalam akad kita sudah maklum, 1/3 diberikan kepada penama manakala 2/3 diberikan kepada orang ramai. Ingat kami jual kat market ka?…”

“Maka tuan-tuan, kami minta team kami ganti balik, telinga lembu kami bagi balik kat dia, kami bukan nak buat untung. Lepas ni dalam akad tengok bagi elok…”

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleNurhafizah Terbaring Kaku, Pemandu Berulang Kali Minta Maaf
Next article“Tengku Hassanal Versi Remaja..” – Wajah Adik Ini Sebijik Dengan Tengku Hassanal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here