Terkini, seorang pelakon hebat, Johon As’ari memberi kenyataan mengejutkan bila dirinya tidak berjaya meneruskan perkahwinan bersama wanita pilihan yang masih tidak diketahui identiti dan hanya digelar sebagai ‘N’ itu.
Difahamkan, pernikahan yang sepatutnya dijalankan 3 Disember tahun ini yang bersamaan dengan hari lahir pelakon tersebut, ditangguhkan oleh kerana beberapa faktor tertentu.
“Ada beberapa alasan yang tak dapat dikongsi walaupun semua persiapan telah dibuat. Hubungan kami baik-baik sahaja…” – Johan
Tambah pelakon filem terkemuka Mat Kilau ini, jika dia sudah ada tarikh rasmi baru, akan dikongsikan kepada orang ramai. Namun, sementara itu dirinya meminta agar semua mendoakan supaya hubungan dia dan kekasih setiasa dijaga.
Bukan itu sahaja, Johan turut meminta wajah bakal isterinya itu dirahsiakan daripada orang umum sehinggalah sah menjadi pasangan hidupnya nanti.
“Walaupun saya yakin dia bakal jadi suri hati saya, tapi saya takut untuk tunjuk selagi belum bergelar isteri…” – Katanya
Menurut aktor ini, pernikahan dirinya bukan lah untuk dirahsiakan. Bila tiba masanya, Johan sendiri yang akan berkongsi berita gembira itu kepada sesiapa yang sudi mengambil tahu dan hadir kelak.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.