Strategi Bojan Hodak untuk tidak membenarkan gol awal diperolehi Johor Darul Ta’zim ( JDT) ternyata membuahkan hasil apabila Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kemenangan itu juga cukup bermakna buat skuad The City Boys yang menamatkan penantian selama 32 tahun untuk mendakap kembali piala berprestij berkenaan dan lebih manis ia dilakukan pada ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, selain meraih tiket ke Piala AFC musim hadapan.
Ka.cak.nya penjaga gol KL City!
Sepanjang perlawanan akhir tersebut berlangsung, penjaga gol KL City iaitu Kevin Mendoza ternyata mencuri tumpuan ramai. Selain memiliki wajah yang tampan, ketangkasan Mendoza juga menjadi kunci utama skuad The City Boys kental bertahan sehingga berakhirnya babak pertama tanpa jaringan. Bersambung di babak kedua, tempo permainan pasukan KL City dilihat semakin rancak dan Mendoza berjaya menyelamatkan beberapa bola daripada terus masuk ke gawang gol.
Siapa Kevin Mendoza?
Untuk pengetahuan korang, nama penuh Mendoza ialah Kevin Ray Mendoza Hansen. Mendoza berusia 27 tahun dan dilahirkan di Herning, Denmark pada 19 September 1994. Selain bermain bersama KL City, Mendoza turut bermain bersama Pasukan Kebangsaan Filipina. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! Mendoza dipercayai sudah mempunyai isteri iaitu Nadia Baekgaard. Nadia merupakan warganegara Denmark dan seorang pereka grafik yang kini menetap di Malaysia bersama Mendoza.
Di ruangan komen, rata-rata netizen sempat ber.seloroh dan mengusik Mendoza. Menurut netizen, Mendoza seorang wira pada aksi final Piala Malaysia semalam. Pada masa yang sama, ramai gadis meluahkan rasa ke.ce.wa sebaik sahaja mengetahui Mendoza sudah mempunyai isteri.
Sumber: Kevin Mendoza, OB