DUNIA semakin maju, malah medium untuk kita menambah ilmu pengetahuan juga semakin berubah dengan lambakan teknologi yang ada.
Bukan sahaja dalam bilik darjah, guru bahasa Inggeris ini turut menjadikan platform media sosial sebagai salah satu kaedah untuk dia berkongsi pelbagai ilmu berguna.
Menurut Juliana Mohamad, dia menggalakkan pelahar-pelajarnya agar peka dengan teknologi semasa yang boleh dimanfaatkan dalam pelajaran dan kehidupan seharian.
“Di sekolah pun saya selalu menggalakkan murid-murid untuk up to date dengan keadaan semasa. Jangan anggap media sosial sebagai satu benda yang menjatuhkan.
“Sebaliknya kalau ia digunakan dengan cara baik, banyak benda positif yang mereka boleh belajar. Melalui perkongsian video atau siaran live di media sosial misalnya, mereka juga boleh membina kemahiran komunikasi,” ujarnya kepada mStar.
View this post on Instagram
Mesra disapa Julia, dia yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Selangor aktif berkongsi video merangkumi pelbagai topik dalam penyampaian santai di aplikasi TikTok sejak Jun lalu.
Tambah Julia, platform TikTok miliknya yang sehingga kini mempunyai hampir 50,000 pengikut dijadikan sebagai medium untuk berkongsi video motivasi, kisah perjalanan sebagai pendidik, serta ilmu berkaitan bahasa Inggeris.
Julia merupakan guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Selangor.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mula hasilkan video. Sejak itu, saya sedar banyak benda baik sebenarnya dalam TikTok. Selain hiburan, kita juga boleh selit dengan perkara bermanfaat.
“Tapi benda yang straight forward orang tak suka, jadi kita selitkan hiburan, diselang-selikan dengan video isu semasa ataupun motivasi.
Macam-macam kecaman diterima, tapi saya biarkan saja dan tak pernah ambil hati.
JULIANA MOHAMAD
GURU
“Saya juga menerima pelbagai soalan. Ada yang tanya perjalanan saya sebagai cikgu. Ada juga yang tanya cara untuk perbaiki bahasa mereka. Kadang-kala ketika saya buat siaran live pun mereka akan bertanya.
“Saya OK saja kalau ada murid-murid ikuti akaun saya di TiKTok. Saya ambil pendekatan terbuka kerana tahu sesiapa saja boleh akses aplikasi itu. Cuma saya tak mahu hasilkan sesuatu yang boleh mengundang fitn4h,” ujar Julia yang turut mengajar Pendidikan Seni Visual.
Menurut Julia, dia juga sedaya upaya menapis kandungan video yang dikongsi kerana enggan kerjaya yang diceburinya terpalit dengan sebarang isu negatif.
Ded4h Julia lagi, dia juga tak terlepas menerima komen negatif, namun mengakui tidak pernah amb1l h4ti akan hal itu.
Julia bersama sebahagian pelajarnya.
“Rasa takut tu tak ada, cuma saya kena tahu bat4s-b4tasnya. Tak mahu sampai c3markan nama kerjaya saya, nama sendiri mahupun keluarga.
“Macam-macam kecaman diterima, tapi saya biarkan saja dan tak pernah ambil hati. Media sosial ini sebenarnya bergantung kepada niat kita.
“Kalau kita cari benda yang baik, InsyaAllah baik juga hasilnya,” ujarnya yang menetap di Kajang.
Selain video berkaitan motivasi dan pendidikan, Julia turut meraih perhatian ramai baru-baru ini selepas berkongsi video sedang menggayakan pakaian yang dibeli oleh ibunya 11 tahun lalu.
Julia memiliki hampir 50,000 pengikut di aplikasi TikTok.
Kata Julia, dia turut menerima soalan berkaitan petua kelangsingan badan dan bercadang untuk turut memperluas kandungan video berkaitan topik kecantikan dan kecergasan pada masa akan datang.
“Dulu kami sekeluarga pernah buat baju tema kelabu. Mak yang beli baju tu untuk adik-beradik saya. Dah lama tak pakai, namun saya keluarkan balik sejak PKP.
“Saya tergerak nak pakai, tak sangka masih muat lagi. Bila hasilkan video itu, ramai juga yang tanya petua kekalkan berat badan. InsyaAllah saya akan follow up dalam video TikTok seterusnya.
“Saya sebenarnya seorang yang suka berkongsi apa-apa saja petua atau tip yang saya tahu. Saya suka membaca, jadi saya juga suka nak kongsikan dengan orang ramai,” ujarnya yang turut menjalankan perniagaan pakaian sejak beberapa bulan lalu.
Sumber:mStar