Gara-gara video wanita musl.imah cantik menjual pau tular di TikTok, peniagaan PapaPau Bienda dan suaminya mendapat sambutan yang mengg.alakan. Bienda berkongsi rasa syukur dan terima kasihnya, melalui muatnaik terkini di Instagram.
Tak Sangka Pau Viral Laku Keras
Bieda mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang Allah S.W.T berikan menerusi kuasa viral di media sosial. Menurut selebriti jelita ini ramai pelanggannya, baik yang datang ke kedai mahupun melalui penghantaran ke rumah mendapat sambutan hangat.
View this post on Instagram
“REZEKI VIRAL
Segala Puji Hanya Bagi ALLAH SWT
‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ Adalah semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kalian dengan balasan yang terbaik.
P/s : Masya Allah Tabarakallah Syukur Alhamdulillah Walk In dan Delivery sama-sama laju Tak berhenti dari hari ISNIN kami buka.
TERIMA KASIH SEMUANYA” tulisnya
Mula Jual Pau Sejuk Beku
Selain mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya, Bienda juga turut memaklumkan telah mula menjual pau sejuk beku atas permintaan ramai pelanggannya.
“P/s : Atas permintaan ramai Bienda dah mula jual pau sejuk beku kami. Dah boleh simpan stok kat rumah masing-masing” tulisnya lagi
Netizen Beri Resp.on Positif
Melihat muatnaik Bienda di Instagram, orang ramai terus membanjiri ruangan komen dengan memberi respon serta komen yang positif mengenai perniagaan PapaPau tersebut.
“Alhamdulillah”
“Sewa rumah kedai kak Bienda”
“Esok nak singgah!!!! In Shaa Allah”
“Alhamdulillah… Semoga dilimpahkan rezeki yang barokah kak Bienda”
“Dah singgah semalam. Pau memang sedap, lembut, inti banyak. Puas hati sangat-sangat. Nanti nak repeat lagi. Dapat juga bergambar dengan @biendalavienda . Terima kasih atas layanan yang baik” komen mereka
Sekadar info, Bienda dan suaminya mengusahakan perniagaan PapaPau bersebelahan dengan Petronas Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Sumber: muraimy