Home Hiburan Isteri bunt1ng pelamin, Fizo Omar bakal timang anak ‘made in’ Janda...

[VIDEO] Isteri bunt1ng pelamin, Fizo Omar bakal timang anak ‘made in’ Janda Baik

253
0

TEKA-TEKI mengenai spekulasi isteri Fizo Omar hamil akhirnya terjawab apabila wanita berkenaan iaitu Fazeera Nazri berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya pada malam Ahad.

Menerusi sebuah video, Fazeera membuat kejutan kepada Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dengan memberi alat ujian kehamilan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)


“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya hamil.

“Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

Video berdurasi 50 saat itu memperlihatkan Fizo terkejut apabila melihat alat kehamilan dan bertanya kepada isterinya tentang perkara itu.

“Maksudnya you hamil? Serius? Tak sangka betul sayang. So made in Janda Baik la ni? Yes saya happy sangat,” ujar Fizo.

Dalam posting berasingan, Fazeera turut memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump yang kini membesar.

Rata-rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.

“Bunting pelamin terus, rezeki… tahniah Fazz dan Fizo. Baby Janda Baik… nasib tak apa-apa masa naik ATV”

“Alhamdulillah, Rezeki Allah beri pada masa yang tepat. Selamat menjadi ibu.

“Tahniah kakak, semoga kandungan sihat-sihat sahaja.

“Tahniah semoga dipermudahkan urusan mommy to be. Jaga diri,” ujar netizen.

Tahniah! Fizo kini bergelar suami Fazeera.

Fizo bersama anaknya Maryam ketika majlis perkahwinannya dengan Fazeera.

Bagaimanapun, Fazeera tidak memaklumkan usia sebenar kandungan tersebut.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.

Sumber: Mstar

Previous article[VIDEO] “Saya teringat pada arw4h, itu saja,”- Nyanyian Aisha Retno Bikin Tokti Men4ngis
Next articleSyifa Melvin Tunai Umrah Bersama Keluarga Safawi Rasid – “Doakan Keselamatan Kami, Halalkan Semua..”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here