Tindakan pelakon dan usahawan, Mawar Rashid memuat naik sebuah video di laman Instagram mengundang teguran netizen apabila didakwa memegang tangan abang iparnya Datuk Fazley Yaakob.
Difahamkan, video tersebut adalah kompilasi rakaman memaparkan pelakon berusia 27 tahun itu dan suaminya Raf Yaakob ketika menghadiri ‘showcase’ dijayakan Fazley yang juga penyanyi baru-baru ini.
“Tahniah @fazleyyaakob atas showcase anda. Sering berbangga dengan anda!” tulis pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu.
Menerusi video berdurasi 17 saat berkenaan, terdapat babak Mawar yang sedang dipeluk suaminya dilihat memegang tangan penyanyi lagu Asmara Ini itu berkemungkinan berbangga atas anjuran ‘showcase’ tersebut.
Meskipun hanya berdurasi kurang dua saat, namun mata netizen yang ‘tajam’ memberikan tumpuan terhadap momen itu sehingga meninggalkan teguran di ruangan komen.
Rata-rata menyifatkan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu perlu menjaga batas pergaulan atau sentuhan antara iparnya apatah lagi sudah mengenakan hijab sejak dua tahun lalu.
Kalau boleh jangan sentuh lelaki bukan mahram
Kenapa pegang tangan Datuk Fazley?
Ada batasnya…
Bagaimanapun, usahawan dari Kelantan itu pasti sudah terbiasa dengan pelbagai kata-kata netizen selain tiada sebarang komen balas daripadanya berhubung teguran berkenaan.
Sumber: Instagram Mawar Rashid, OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!pendapat2 korang,amat di hargai di sini. PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.