MERAIKAN ulang tahun kelahiran Zara Zya bersama pada 22 Oktober lalu, ramai peminat beranggapan aktres itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa.
Mengakui sudah lapan tahun mengenali satu sama lain, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin bagaimanapun menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.
Malah pelakon berusia 36 tahun ini memberitahu Alha tidak pernah terlepas meraikan hari ulang tahun kelahirannya sepanjang perkenalan mereka.
View this post on Instagram
“Ramai orang ingat saya ada hubungan dengan Alha… sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa pun.
“Sudah lama kami menjadi kawan baik… sejak tujuh atau lapan tahun lalu kami kenal. Sampailah sekarang hubungan persahabatan kami masih baik.
“Memang setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran saya, dia mesti akan ada sekali. Dia tak pernah terlepas sambut hari jadi saya,” katanya kepada mStar.
Untuk tahun ini saya berfikir juga nak sambut hari lahir dekat mana.
ZARA ZYA
PELAKON
Sebelum ini, Zara memuat naik video di Instagram dia bersama Alha mengunjungi Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang yang menempatkan warga tua muslimah.
Menerusi kapsyen di perkongsian tersebut, Zara meluahkan rasa syukur apabila dapat menyambut ulang tahun kelahirannya di pusat jagaan tersebut.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Tiada Dendam ini memberitahu Alha dan penyanyi Ippo Hafiz adalah individu yang bertanggungjawab mencadangkan untuk dia menyambut ulang tahun kelahiran di lokasi berkenaan.
Zara dan Alha sudah lama mengenali satu sama lain.
“Untuk tahun ini saya berfikir juga nak sambut hari lahir dekat mana. Tiba-tiba Alha bagi idea rumah orang-orang tua.
“Saya pun setuju la dan terfikir untuk ajak Ippo Hafiz yang beri cadangan pergi Pusat Jagaan Sri Mesra sebab dia dah banyak kali pergi.
“Apabila masuk rumah itu, kami disambut baik oleh jururawat yang menjaga ibu-ibu di situ dan semua orang dalam rumah itu gembira saja,” ujarnya.
Sumber: mStar