Panas di media sosial sejak kebelakangan ini apabila ada banyak pasangan di negara ini yang bertindak untuk bernikah di Thailand. Tindakan bernikah di Thailand merupakan antara cara yang dilakukan oleh banyak pasangan di negara ini yang rata-rata hubungan mereka tidak mendapat persetujuan atau restu daripada keluarga.
Menerusi laman TikTok, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang isu berkenaan. Menurutnya, mahkamah di Malaysia adalah badan yang bertanggungjawab untuk memutuskan kesahan perkahwinan yang dilaksanakan di Thailand.
“Pernikahan di Thailand saya tak boleh beri keputusan. Ada yang sah, ada yang tak sah. Sebab itulah pasangan yang bernikah lari di Thailand kena balik daftar perkahwinan itu…”
“Mahkamah akan periksa, siapa walinya..wali hakimnya, siapa yang jadi saksinya, bagaimana ijab kabul dijalankan dan sebagainya.
Justeru itu, pendaftaran perkahwinan di Malaysia amatlah digalakkan supaya dapat terhindar daripada sebarang masalah kelak..”
“Sebab itu bila balik daftar di sini ada pasangan yang diputuskan sah perkahwinannya. Ada pasangan yang diputuskan tidak. Saya tak boleh jawab, mahkamah yang akan putuskan.”
@sewakedaimydin Adakah Sah Nikah Di Thailand Sedangkan Wali Masih Hidup Di Malaysia Kerana Takut Wali Tidak Setuju #pemilikhatiberbicara #tanya #tanyajawab #ilmu #ilmuagama #soaljawabagama #marimengaji #jomtalaqqi #maritalaqqi #ilmufeqah #murobbiberbicara #ulamafeqah #alquran #hadis #ijmak #qiyas #gurumurshid #ceramah #tausiahagama #ceramahislam #ceramahagama #ceramahpendek #ceramahsingkat #ilmubermanfaat #duniaislam #akhirat #dakwah #islam #dakwah_islam #islamic_video #tokfeqah #ustaz #uai #uaioriginal #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus ♬ original sound – 𝕄𝕐𝔻𝕀ℕ 𝕆𝕗𝕗𝕚𝕔𝕖
Walau bagaimanapun. dalam nada tegas Ustaz Azhar menekankan bahawa tindakan berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa adalah berdosa kerana menyakiti hati mereka.
Bagi pasangan yang diputuskan sah oleh mahkamah tetap berdosa. Kerana mereka melakukan tiga kesalahan besar kepada ibu bapa. Mereka menyakitkan hati ibu bapa, mengaibkan ibu bapa dan membuat mereka bersedih. Haram dan dosa besar.
Sementara itu, pendakwah tersebut juga sempat menitipkan nasihat untuk setiap bakal pengantin supaya mendapatkan restu ibu bapa terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
“Nak nikah tak perlu lari-lari. tak setuju kita pujuk dulu ibu bapa kita. Kadang-kadang yang dia tak setuju itu betul..”