Tular dikhabarkan Pendakwah Selebriti, Da’i Syed telah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 Juta daripada dua wanita yang telah didakwa memfitnahnya mengenai Kes Rogol. Da’i Syed telah menjelaskan bahawa pampasan tersebut merupakan ganti rugi terhadap reputasi dan nama baiknya selain telah menjadi gangguan kesihatan mentalnya yang terjejas akibat fitnah kes rogol tersebut.
Pendakwah tersebut turut menuntut agar dua individu terbabit memadamkan video yang mengaitkan namanya yang telah dimuat naik di media sosial. Da’i Syed turut menuntut permohonan maaf secara bertulis daripada kedua-dua pihak bagi membuktikan penyesalan dan rasa insaf atas perbuatan fitnah tersebut.
Bagaimanapun, permohonan maaf itu hendaklah dipersetujui olehnya terlebih dahulu sebelum ia dimuat naik ke akaun media sosial pihak terbabit. Selain itu, dia turut menuntut aku janji bertulis daripada dua wanita tersebut agar tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.
“Satu jaminan keselamatan bertulis daripada pihak kamu bahawa kamu, ahli keluarga, waris atau mana-mana ejen yang mempunyai perkaitan dengan kamu. Tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh mengganggu keselamatan dan ketenteraman hidup anak guam dan keluarga pada masa akan datang…” – Peguam Da’i Syed
Jika dua pihak itu tidak melakukan seperti yang dituntut dalam tempoh tujuh hari, tindakan undang-undang sivil akan diteruskan terhadap mereka.
Lihat posting di bawah:
@chempakasuri97 Keturunan mu juga akan merasa kifarahnya. Doaku tidak akan pernah putus setiap sepertiga malam agar kau sentiasa dlm kecelakaan sehingga kata maaf dari mulutmu terucap. #mddsurvivor #ptsdsurvivor #pendakwahpsiko #dendamsampaimati ♬ Royalty – Egzod & Maestro Chives & Neoni
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.