Nama Ira Kazar menjadi bualan netizen sejak beberapa bulan lalu. Lebih-lebih lagi apabila pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengumumkan yang mereka telah pun bernikah di Thailand.
Baru-baru ini, timbul spekulasi madu kepada Puteri Sarah iaitu Ira Kazar telah pun mengandung anak pertama. Bunting pelamin orang kata. Ramai yang gembira dengan berita tersebut, namun ada juga yang was-was tentang kesahihan berita tersebut.
Menerusi halaman instagram, Ira Kazar ada membuat posting instastory meluangkan masa bersama ahli keluarganya di ‘indoor playground’. Dapat dilihat yang Ira Kazar sakan bermain permainan bubble baloon bersama adik beradiknya. Mereka bermain sakan sampai Ira Kazar jatuh terbalik. Sakan bermain sukan yang lasak membuatkan netizen membuat spekulasi yang dia tidak mengandung.
Mereka mengatakan sekiranya Ira benar-benar hamil, dia tidak akan sesekali melakukan aktiviti lasak sehingga boleh mendatangkan kesan terhadap kandungan yang masih mentah.
Ira kelihatan gembira bermain bersama adik-beradiknya di situ, namun tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof.
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Ada betul jugak kan spekulasi netizen tu. Apa-apa pun, kita tidak boleh buat apa-apa spekulasi selagi tiada pengesahan oleh pihak tuan punya badan. Apa-apa pun, min doakan yang terbaik untuk kesejahteraan Ira Kazar dan suami.. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..
Sumber Instagram Ira Kazar