Musim cuti sekolah ini pasti ramai keluarga yang akan membawa anak-anak mereka bercuti di tempat-tempat yang menarik seperti Zoo Negara, Taman Tema Air dan sebagainya. Dan pastinya akan ada timbul isu ketiadaan parking di tempat-tempat tersebut. Rentetan daripada masalah tersebut pastinya akan ada sesetengah pihak yang akan mengambil kesempatan dalam kesulitan tersebut.
Baru sahaja semalam tular sebuah rakaman di mana dalam rakaman tersebut terdapat individu yang cuba meminta duit parking kepada pemilik video. Tambah pemilik video tersebut, dia berkata pihak yang meminta duit parking itu tidak membenarkan orang menunggu di sekitar Zoo Negara tersebut tapi jika ingin parking akan dikenakan cas sebanyak RM 10. Hal tersebut membuatkan pemilik video termasuk netizen bengang dengan situasi tersebut ditambah pula dengan resit yang diberikan apabila selesai membayar cas parking tersebut.
“panggil je pihak zoo tanya betul ka. Kalau panggil pihak majlis mmg buat kita lg marah la .mai sembang2 gelak2 salam pastu blah..bhai tu teruskan biz dia”
“Walaupun ber resit. Tapi agak agak la. Gaji dorang lagi besar dari org melayu kita agaknya.”
Baca juga : “JPJ tolong pantau, tak pernah dibuat orang macam ni…” – Netizen
Baca juga : “Kereta Hilang Mcm Mana Nak Balik”- Parking Merata, Reaksi Lelaki Tarik Perhatian
Di ruangan komen ada yang membuat andaian di mana individu tersebut pastinya mempunyai orang dalam yang menyuruh mereka berbuat demikian.
“ada org dalam suruh la tu, klo xda confirm dia xberani. pastu hasil di bahagi 2 la tu”
“ada cable besar cover ni…pihak berwajib sila .pantau”
“Percayalah dibelakang dorang ni ada org kita jugak.”
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen netizen :
@Jasmi : Skrg Parking pun dah boleh buat Bisnes…
@Munzstar : lagi satu dekat Tapak jalan ampang tu. tepi jalan rm7
@NRR MACHINING : satu2 negara didunia Orng luar blh berani & takutkan Orng tempatan
@LilacWonderWardrobe : dah lama…under Zoo Negara..tanye guard zoo pn suruh parking bayar di belakang..cmne lh tu..adakah ada kerjasama ke atau cmne
@Baby Odahh!! : dekat melaka pn sama..dekat sblh cendol kg hulu, siang MBMB punya, hbis waktu je tetiba ade org jaga mntak parkg rm5 huhuhu
@Anes Jaafar : Kt melaka area dataran pahlawaan pn parking rm 10.padahal nk gi famosa je
@CEO OF STADIUM : depan lagi parking B bang.. sama je.. sambil kasi tu niat aje sedekah.. settle bang
Bermacam-macam komen yang dilontarkan oleh pihak netizen di ruangan komen. Malah ada yang menyuruh untuk membayar sahaja dengan niat bersedekah kerana parking di hadapan juga lebih kurang sama sahaja.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram