PENGARAH terkenal Shahrulezad Mohameddin memohon kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida untuk berhenti menjadi penunggang agama demi mahu mempromosikan single dan muzik video (MV) terbaharunya, Ku Ikhlaskan.
Shahrulezad atau lebih dkenali sebagai Budak Ijat berpendapat, Vida tidak sepatutnya menggunakan is.u agama sebagai tek.nik pema.saran bagi menaikkan rating single berkenaan.
“Dengan rendah diri saya mera.yu. Tolong jangan tunggang agama kita, Datuk Vida…tolonglah.
View this post on Instagram
“Duit RM 400,000 unutk buat MV itu lagi bagus sede.kahkan dekat pusat tahfiz dan anak yat.im daripada buat MV mahal-mahal macam itu.
“Lepas itu, pancing kami semua untuk sokong dengan gula-gulakan kami dengan strategi pemasaran murahan.
“Nak pujuk orang tengok MV Datuk, tak apa…buatlah. Tapi jangan buat cara mela.cur.kan agama macam ini ya. Tolonglah,” katanya menerusi perkongsian di Instagramnya.
Ijat turut memohon maaf kepada Vida jika kata-katanya itu membuatkan dirinya tera.sa hati dengan te.guran terbabit.
“Maaf kalau hujung-hujung saya ter.pak.sa te.gur juga sebab ia sudah keterlaluan.
View this post on Instagram
“Kenyataan Datuk memang mencabar saya untuk tidak berkata apa. Maafkan saya kalau kata-kata saya ini men.ggu.ris hati dan peminat setia Datuk,” jelasnya.
Sebelum ini, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengajak orang ramai untuk mengumpul saham akh.ir.at.
Malah, Vida juga berhasrat untuk mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdi di Meru, Ipoh, Perak dengan cara mengajak orang ramai menonton MV di Youtube.
Sumber: utusantv