Pelakon Azhar Sulaiman menggambarkan apa yang berlaku antara aktres Ruhainies dan penyanyi berasal dari Singapura, Aliff Aziz, sebagai kisah yang melibatkan isu perasaan.
Melalui satu posting di Instagram, Azhar memuat naik tangkapan skrin perbualannya dengan anak perempuannya, Kasih Leia Ixora. Kasih meminta bapanya untuk membela Ruhainies yang telah menjadi sasaran netizen kerana isu yang melibatkan khalwat bersama Aliff Aziz. Permintaan itu timbul kerana Azhar sebelum ini memegang watak sebagai bapa kepada Ruhainies dalam drama Bintang.
Azhar menyatakan bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan persoalan hati dan bukannya satu kesalahan jenayah. Namun, yang menimbulkan kontroversi adalah pandangan Azhar tentang isu poligami.
“Tak apa Kasih, ini cuma masalah hati, bukan jenayah. Lelaki kan boleh kahwin 4…” – Behar
Selepas itu, beberapa warganet setuju dengan pandangan Azhar, tetapi ada juga yang menganggap isu antara Ruhainies dan Aliff Aziz bukanlah sekadar soal hati, sebaliknya melibatkan perbuatan yang dianggap tidak patuh kepada ajaran agama Islam.
“Poligami memang halal tapi yang dia buat tu maksiat. Haram disisi agama…” – Katanya
“Poligami sudah termaktub dalam syariat Islam. Namun tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih…” – Katanya lagi
“Kalau mampu, bulan-bulan bagi nafkah tak ada kurang apa okay…” – Tambahnya
Lihat posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.