Home Hiburan “Tiga Kali Gvgur, Tiga Kali Mengandung,” – Hamil 5 Bulan, Syatilla Melvin...

“Tiga Kali Gvgur, Tiga Kali Mengandung,” – Hamil 5 Bulan, Syatilla Melvin Doakan Yang Baik-Buat Buat Bayinya

288
0

“Tiga kali gvgur, tiga kali mengandung.” Demikian kata pelakon Syatilla Melvin sebagai menjelaskan mengenai kehamilan ketiganya yang kini sudah masuk bulan kelima.

Menurut Syatilla, 31, pengalaman kegvguran lalu memberikan satu fasa yang menjadikan dirinya lebih berhati-hati selain tidak putus memanjatkan doa memohon yang baik-baik dariNya.


“Situasi kegvguran sentiasa bermain di fikiran. Malah saya percaya bukan saya saja, tetapi juga para ibu mengandung yang pernah lalui hal sama sebelum ini. Jadi bila ada rezeki hamil lagi, saya doa moga anak dalam perut dalam keadaan baik hinggalah proses bersalin.

“Lebih-lebih lagi sebab saya sendiri ada pengalaman kegvguran itu. Saya ada juga kongsi rasa bimbang dengan Sam. Tapi ia berbalik kepada ‘mindset’. Saya sentiasa panjat doa moga dipermudahkan urusan bersalin dan sebagainya.

“Apa-apa jadi pada saya tak apa, janji anak yang dikandung ini sihat walafiat. Itu yang penting bagi saya sekarang. Janin sudah terbentuk, dapat rasa dia bergerak,” katanya.

Bek4s peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini juga akui sebelum ini dia ada merancang untuk kembali aktif berlakon, namun kekangan pada alahan membuatkan niatnya terbantut.


“Sebelum ini saya terdetik untuk kembali berlakon, ada cakap pada Sam. Terima satu tawaran drama episod yang best, untuk Astro. Tup tup… mengandung pula. Fasa hamil kali ini pun saya alami al4han yang agak teruk.

“Jadi tak boleh buat apa-apa, duduk di rumah lebih kurang tiga bulan. Sebelum ini pun terpaksa ‘check in’ hotel sebab tak boleh bau rumah dan sebagainya. Dia rasa macam ‘serabvt’, anx1ety… Saya sendiri tak tahu bagaimana nak jelaskan. Hanya yang lalui akan lebih faham.

“Sekarang alhamdulillah bila masuk trimester kedua ini, alahan makin berkurangan. Saya dan suami tak kisah soal jantina anak. Memadai dia sihat sempurna seadanya sudah bersyukur. Kami sudah ada sepasang, jadi Allah nak bagi lagi rezeki zuriat kami terima,” katanya yang bakal melancarkan Kekasih Skin tidak lama lagi.


Syatilla dan suaminya, aktor Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy yang kini berusia lebih setahun.

Sumber: MH

Previous article‘Saya Boleh Bergambar Dengan Sesiapa Saja’ – Zul Ariffin Nafi Bek4s Pramugari Kekasih Hatinya
Next article‘Saya Maafkan Mawar, Dia Tetap Emak Kepada Anak Saya’ – Fizo Omar
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here