Home Viral “Tidak Pernah Ada Dalam Hukum Penyondol Atau Perampas Tidak Berhak Untuk Menuntut...

“Tidak Pernah Ada Dalam Hukum Penyondol Atau Perampas Tidak Berhak Untuk Menuntut Haknya…” – Ramai Isteri Naik Darah Kenyataan Imani

127
0

Umum mengetahui, drama ‘Lelaki Itu’ kini berada pada puncaknya di mana berbagai konflik telah timbul dalam kehidupan keluarga Sharifah Qaidah dan Syed Mirza.

Baru-baru ini, babak Imani membuat kenyataan membela para penyondol yang berjaya mencuri perhatian warganet di media sosial. Ini kerana isu penyondol telah menjadi topik hangat belakangan ini.

Melalui klip video yang dikongsikan oleh Drama Sangat, Imani terlihat menjawab pertanyaan wartawan mengenai haknya sebagai isteri walaupun disebut sebagai penyondol. Dengan santainya, Imani menyatakan bahawa ‘penyondol atau perampas tetap merupakan isteri yang sah’.

“Tidak pernah ada dalam hukum yang mengatakan penyondol atau perampas tidak berhak untuk menuntut haknya…” – Imani

Selain karakter Imani, watak Khairullah dan Sharifah Batrisya sebelum ini juga menyebabkan perasaan penonton menjadi tidak stabil.

Mereka sendiri merasa bimbang mengenai keabsahan perkahwinan mereka dan status anak yang dikandung oleh Sharifah Batrisya, mengingat mereka sebenarnya adalah saudara sebapa tetapi berlainan ibu.

Lihat klip video di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Tak Sangka Dia Yang Tulis Lagu Ni..” – Khir Rahman Penulis Lagu Raya Siti Nurhaliza
Next articleAdira Bercerai Talak Satu Dengan Dato Red, Setuju Tidak Tuntut Sebarang Nafkah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here