Sebelum ini, Pelakon Nabila Huda menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak pernah kekal dengan aktres Nad Zainal yang dulu pernah menjadi kawan rapat. Terbaharu, menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon filem “Rahsia” ini berkata tiada istilah merajuk dalam kamus hidupnya.
Menurut pelakon tersebut, beliau tetap tidak kenal Nad Zainal sekiranya dipertemukan di mana-mana majlis.
“Memang saya tidak tahu siapa dia. Mungkin sebab Covid-19 jadi saya lupa. Benda yang tidak penting, kita kena fokus ke hadapan. Kalau dah lupa, beliau akan lupa terus. Kalau dipertemukan, saya tetap tidak akan kenal…” – Nabila Huda
Disoal mengenai posting pelakon Sharifah Sakinah, beliau berkata bahawa rakan baiknya itu mungkin mempunyai pendapat sendiri mengenai hal tersebut.
“Sakinah mungkin ada pendapat dia sendiri. Saya rasa kasihan dekat Kinah. Ayat dia tepat dan padat…” – Katanya
Ditanya pula mengenai foto pernah bersama dengan Nad Zainal dan posting ‘janji untuk menjaga Nad’, Nabila atau lebis mesra disapa Abil memberitahu dia sudah lupa mengenai situasi tersebut.
“Kalau Abil sayang seseorang, saya akan setia dan sayang sampai mati. Susah untuk saya putuskan perhubungan kecuali kalau ada benda yang menyakiti. Cara terbaik adalah berjauhan sementara. Tapi kalau fikir sayang dia tetap juga akan kembali bersama. Ada sesetengah orang, kita tak buat masalah tapi kita ditinggalkan. Apa yang boleh kita buat ialah memaafkan dan mendoakan dari jauh…” – Luahnya
“Dalam, hidup saya juga tiada istilah merajuk. Kalau dia tak perlukan kita, kita pun tak payah ambil tahu. Siapa yang tahu sahaja akan mengetahui hal ini. Dia dah tak ada dalam kepala otak saya. Saya tak pernah ada sahabat macam itu. Saya hanya ada kawan yang sejati dan sentiasa ada bersama sejak dahulu sampai sekarang. Alhamdulillah. Bersyukur saya ada kawan-kawan perempuan yang lain. Mereka masih ada…” – Luahnya lagi
Terdahulu, Abil menjadi sorotan netizen apabila meninggalkan komen ‘Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?’ di sebuah rakaman temu bual Nad Zainal bersama pihak media
Lihat klip video di bawah:
@melodiberapi Pelakon Nabila Huda memberi kenyataan berbaur sinikal tentang hubungan persahabatannya dengan Nad Zainal yang dikatakan kini renggang disebabkan suatu alasan yang tidak dapat dipastikan… sama2 kita doakan yang terbaik untuk Abil dan kawan2.. #meloditv3 #nabilahuda #ceritaartismalaysia #tv3 #nadzainal #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi
Sumber: Melodi
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.