Kejadian ular masuk ke dalam rumah bukanlah sesuatu yang asing malah kerap sekali dilaporkan berlaku di negara kita.
Seorang wanita yang bernama Rohana Jaafar berkongsi cerita mengenai anaknya yang bernama Nurul cemas, memberitahu beliau bahawa ada ‘benda’ sejuk di atas perutnya ketika tidur.
Kata Rohana Jaafar:
“Dia memanggil nama makcik dan memberitahu bahawa ada ‘benda’ sejuk di atas perutnya kerana mengesyaki ada ular di atas badannya”
Baca lagi: Aneh! Ular Berkepala Dua Temui Di Afrika
Baca lagi: Ular Sawa Gergasi Seberat 130kg, Temui Di Kebun
Rohana Jaafar mengatakan agak cemas, dan beliau terus meminta bantuan saudaranya sebelah rumah. Beliau juga mengatakan anak saudaranya iaitu Azman Hasan, bertindak menghalau ular tersebut itu menggunakan kayu bagi membolehkan Nurul keluar dari bilik berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Alijibin Suddin berkata, seramai empat orang anggota APM ditugaskan melakukan operasi menangkap reptilia itu sejurus menerima panggilan pada jam 3.51 pagi.
Katanya ular tersebut adalah ular yang dikenali sebagai ular Tiung Cincin Emas yang sepanjang 1.5 meter itu dikesan berlingkar di atas langsir dan cuba menyusup keluar melalui lubang. Ular tersebut juga berjaua ditangkap dan kemudiannya dilepaskan semula ke tempat yang jauh dari penempatan manusia.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA