Pasangan sama cantik sama padan, Diana Danielle dan Farid Kamil senantiasa menjadi buah mulut orang. Ramai yang suka akan kasih sayang mereka yang tampak begitu bahagia dari mula kahwin hingga ke hari ini.
Namun tiada angin, tiada ribut, Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. Permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut kerana akui masih sayang akan isterinya, Diana Danielle.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6,