Teruskan berdoa untuk saudara kita di Palestin kerana Allah pasti akan membantu mereka dengan cara-cara yang tidak diduga oleh musuh. Mungkin itulah yang berlaku di sana apabila 12 tentera pendatang haram Israel cedera diserang ratusan tebuan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di selatan Genting Gaza pada Jumaat lepas. Perkara tersebut turut dilaporkan oleh Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv, di mana 10 orang daripada mereka dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU).
“Sebuah kereta kebal telah merempuh sarang tebuan hingga menyebabkan sebahagian anggota tentera disengat ratusan tebuan dan mengalami reaksi alahan…”
“Doktor di hospital berkenaan tidak pernah berdepan kejadian seperti itu. Unit ICU, anestesia, rawatan toksikologi dan pakar mata dikerahkan untuk merawat kumpulan mangsa cedera…”
Ini hanya dunia! Tidak akan ada tempat untuk kau melarikan diri mahupun bersembunyi! Semoga saudara-saudara kita di Palestin bebas daripada penaklukan kejam ini.
Sumber: Sinar Harian