Pasangan yang diminati ramai, iaitu suami isteri Aeril Zafril dan juga Wawa Zainal sentiasa mencuri perhatian masyarakat. Mereka sentiasa berkongsi dalam media sosial mengenai aktiviti aktiviti yang dilakukan terutama nya dalam bisnes.
Pelakon yang berasal dari Lahad Datu, Sabah berkahwin dengan Aeril Zafril atau nama sebenar nya pada tanggal 25hb Februari 2012. Mereka dikurniakan cahaya mata seorang anak lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairil (lahir 24 Ogos 2013), dan dua anak perempuan, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa Suhairil (lahir 18 Ogos 2015) dan Aya Soffya Suhairil (lahir 1 Disember 2019).
Terbaru, menerusi entri Wawa Zainal dalam akaun Instagram rasmi miliknya, beliau memuatnaik klip durasi pendek dengan kapsyen:
“sayang… hadiah ini tak seberapa kalau d banding kan dengan segala pengorbanan yang kau buat utk family kita selama ini.. hampir 6 tahun bisnes.. wawa rasa this is the time to reward @aeril_zafrel benda yang dia idam kan selama ni.. dia la tulang belakang di setiap kejayaan wawa .. tq syg for everything..”
Difahamkan pada permulaan klip tersebut, Wawa berjenaka megatakan kereta sewa sahaja, namun pada akhir klip Aeril kelihatan sebak selepas terima geran kereta.
Ramai yang menzahirkan ucapan baik baik buat pasangan ini agar sentiasa bahagia dan berjaya dunia akhirat.
Lihat klip dibawah:
View this post on Instagram
Lihat juga apa kata orang ramai:
“Kakak bangga sama Wawa. Semoga setiap titik peluh kalian bersusah payah dulu Allah SWT terus melimpahkan Rahmat dan Nikmat kehidupan buat selamanya. Di dunia dan akhirat, inshaa Allah..”
“Alhamdulillah bestnyaa tgk wawa & aeril. Semoga semakin suksess dimewahkan rezeki selalu insyaAllah..”
“First time tengok Aeril macam nak nangis macam ni..Semoga korang bahagia till Jannah..Amin..”
“Pasangan yg sentiasa berlumba untuk membahagiakan satu sama lain, moga Allah rahmati dan lindungi hubungan ini..”
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: IG Wawa