Ukhuwah persahabatan tetap berkekalan walaupun kita telah saling terpisah. Persahabatan yang dibina atas jambatan keikhlasan akan kekal selamanya, meskipun kita mungkin sudah tiada lagi di dunia ini.
Itulah pandangan yang disampaikan oleh seorang pelakon komedi, Saiful Apek, yang memberikan pesanan semasa upacara pengebumian rakan seperjuangannya, Hamdan, yang baru-baru ini menarik perhatian orang ramai. Ramai yang terkesan dengan kata-kata yang disampaikan oleh legenda komedi tempatan itu.
Tidak dapat disangkal, kebanyakan netizen yang mendengar pesanan dari Apek merasa terkesan. Terdapat banyak iktibar yang boleh diambil dan dijadikan panduan dalam menjalin persahabatan, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Apek.
Lihat Posting di bawah:
Deep betul ayat Saiful Apek ni.
“Kalau nak tahu keburukan kami, tanyalah orang2 yang membenci kami. Kalau nak tanya tentang kebaikan kami tanyalah orang2 yang sayang kami.
Hakikatnya pendapat kita semua berbeza-beza antara manusia. Tapi yang paling penting adalah siapa kita… pic.twitter.com/7b770lC0TV
— Naz;Naz 🛍🍽 (@_NazriH) January 7, 2024
Sumber: X, Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.