Home Hiburan “Tanpa Allah, saya bukan siapa-siapa” – Aliff Aziz Luah Sesuatu..

“Tanpa Allah, saya bukan siapa-siapa” – Aliff Aziz Luah Sesuatu..

320
0

Populariti kembali memuncak selepas menyertai Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), namun situasi tersebut bukanlah tiket untuk penyanyi Aliff Aziz hanyut dalam lautan pujian.

Memberi peringatan terhadap diri sendiri agar tidak terleka dengan duniawi, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 30, memberitahu dia tidak akan berada di posisinya ketika ini tanpa rahmat daripada Tuhan.

“Tanpa henti menitipkan peringatan untuk diri sendiri. Tanpa Allah SWT, saya bukan siapa-siapa. LailahaillAllah,” katanya ringkas dalam satu entri Instagram hari ini.

Sejak minggu lalu, Aliff kembali menjadi perhatian ramai selepas mendapat markah tertinggu untuk dua persembahannya pada minggu pertama dan kedua pada konsert mingguan GV8 yang bermula sejak 21 November lalu.

Aliff juga antara nama yang disebut-sebut sebagai peserta yang bakal berjaya mendapat tempat ke konsert final GV8 sekiranya momentum persembahannya terus meningkat.

Terdahulu, sekitar Ogos lalu, suami kepada pelakon, Bella Astillah itu turut menyertai aktiviti tabligh dengan tujuan mendalami agama sekali gus mendekatkan diri dengan Tuhan.

Terdahulu, nama Aliff kerap terpalit dengan pelbagai isu panas iaitu siri kecurangan, video lucah dan perbuatan mencuri.

Aliff mendirikan rumah tangga pada 2016 bersama pelakon Bella Astillah dan dikurniakan dua orang anak, Muhammad Ayden Adrian, 3, dan Ara Adreanna, setahun.

Sumber: K! ONLINE

Previous articleSetuju Untuk Berdamai, Nynaa Harizal & Suami Dah Berbaik Semula
Next article[VIDEO] Bibik Minta Gaji Naik RM1200 Tpi…, Sekali Ini Yang Buat Netizen kagum
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here