Juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Hetty Koes Endang, mendapat kritikan daripada netizen selepas memuji kemantapan vokal Siti Nordiana dalam persembahan lagu “Kisah Hati” yang asalnya nyanyian Datin Alyah.
Netizen berpendapat Hetty tidak profesional dan menganggap tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku, terutama kerana Alyah juga hadir pada acara tersebut untuk memberi sokongan kepada Siti Nordiana atau Nana.
“Bunda (panggilan Hetty) tak profesional, boleh saja cakap penyanyi asal juga bawa sedap…”
“Alyah ini sejuta kali nyanyi lagi sedap
SURIN daripada Nana. Mohon Bunda pergi Ruqyah telinga…”
Dalam memberikan komentarnya, Hetty menyatakan bahawa menurutnya, Siti Nordiana telah memberikan persembahan terbaik, sehingga mampu membuat bulu romanya berdiri.
“Menurut Bunda (Hetty) kamu keren!
Mantap! Kemajuan yang luar biasa…”
Semasa pengacara Jihan Muse memberitahu Alyah bahawa beberapa pihak berpendapat Alyah menyanyi lebih baik berbanding Nana, Hetty Koes Endang menganggap perkara tersebut dan menyatakan pendapatnya yang menyokong kemantapan vokal Siti Nordiana.
Alyah mencuri perhatian dengan berkongsi perkongsian netizen yang seolah-olah setuju bahawa perbandingan itu tidak seharusnya berlaku.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Instagram Story
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.